web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Indonesia Ditemui Mati, Hasrat Pulang Ke Kampung Tidak Kesampaian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 4:43PM

Lelaki warga Indonesia ini ditemui meninggal dunia berhampiran Pelabuhan Tawau, semalam. - Gambar dari Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Hajat seorang lelaki warga emas pulang ke Indonesia tidak kesampaian apabila ditemui meninggal dunia berhampiran Pelabuhan Tawau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mayat Edy Muhammad, 60-an, ditemui orang ramai dalam keadaan terbaring bersama beberapa bungkusan pakaian, beg dan barangan peribadi dipercayai kepunyaannya.

Terdahulu, mangsa dikatakan menempuh perjalanan selama sembilan jam dari Telupid ke Tawau dan dijadualkan meneruskan perjalanan Nusa Tenggara Timur, Indonesia, menggunakan jalan laut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

"Menurut saksi, mangsa bekerja di Boustead Ruku Ruku Estate, Kilometer 108 Jalan Sandakan, Telupid.

"Mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian selepas keputusan ujian Covid-19 diperoleh," katanya.

Tambah Peter, siasatan awal di lokasi mendapati tiada unsur jenayah.

"Sehingga kini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Getaran, 13 Mac 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi