web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPR Diminta Perjelas Perkembangan Undi 18 - Reezal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 11:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta untuk memperjelaskan perkembangan terkini berhubung pelaksanaan undi 18 tahun agar rakyat mendapat maklumat yang betul dan jelas berhubung isu tersebut.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata SPR selaku badan bebas, harus tampil membuat penjelasan kerana perjalanan dasar undi 18 kini memasuki fasa pelaksanaan.

“Peringkat penggubalan sudah selesai, kita sudah meminda Perlembagaan bagi membolehkan perkara (menurunkan usia mengundi) sudah berlaku.

“SPR kena tampil untuk membuat penjelasan, work map, perjalanan dan perancangan bagaimana ia hendak dilaksanakan. Ini soal peringkat pelaksanaan. Prosesnya panjang. Perlukan pindaan-pindaan lain, penyelarasan, pindaan undang-undang tubuh kerajaan negeri jadi, mereka perlu tampil dan perjelaskan,” katanya pada Bernama dan RTM, dalam sidang media khas di kediamannya, di sini.

Jelas Reezal Merican, kementeriannya tidak boleh mendahului SPR dalam mendepani isu tersebut kerana badan itu diberikan peranan dan tanggungjawab untuk menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih, khususnya dalam menjelaskan hala tuju undi 18.

Ini termasuk dari segi pendaftaran pengundi, hak kelayakan mengundi dan menjadi calon pada usia tersebut, kata Reezal Merican.

Menurutnya, isu undi 18 itu harus dipertahan dan dijadikan realiti kerana ia disokong 211 ahli Parlimen dengan mengetepikan pandangan politik masing-masing, yang membawa kepada kelulusannya di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Reezal Merican mengulas mengenai laporan media yang mendakwa negara masih belum bersedia ke arah pelaksanaan undi 18 tahun, walaupun Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu, pilihan raya pada masa depan bakal menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Sukan 8 bulan yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah