web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tendang Bapa Tiri, Pesakit Mental Dihadap Ke Mahkamah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Feb 2022 1:34PM

Mohamad Farol Rafiq (tangah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini atas pertuduhan mencederakan bapa tirinya, minggu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang pesakit mental dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan bapa tirinya di Kampung Ruat, Yan, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Farol Rafiq Md Rodzi, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu yang bekerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Nordin Ahmad, 72.

Perbuatan itu didakwa dilakukannya di sebuah rumah di Jalan Masjid, Kampung Ruat, Yan pada kira-kira jam 7 pagi, 15 Februari lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nur Hamizah Mat Shah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farahdina Che Bakar.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang juga pemegang kad pesakit mental, diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Mac depan.

Tertuduh turut diperintahkan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak bagi menjalani penilaian psikiatri.

Majistret juga menetapkan tertuduh tidak dibenarkan mendekati dan menghubungi mangsa serta perlu melapor diri di balai polis terdekat sekali sebulan, sehingga kes selesai.

Terdahulu, insiden tertuduh mengasari bapa tirinya itu tular di media sosial minggu lalu, menyaksikannya melakukan tendangan ‘ala kung fu’ di belakang badan warga emas tersebut yang sedang duduk di tanah.

Difahamkan tertuduh bertindak demikian kerana berang selepas permintaannya untuk mendapatkan duit bagi membeli dadah, tidak dipenuhi lelaki berkenaan. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia