web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenderaan Berperisai Mobiliti Tinggi Lulus Saringan Uji Nilai Pertama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 6:23PM

HMAV milik Mildef lepasi uji nilai pertama yang ditetapkan pihak berkuasa.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) buatan syarikat milik bumiputera 100 peratus pertama negara telah lulus saringan uji nilai pertama yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan and Tentera Darat Malaysia (TDM).

Saringan yang setaraf dengan piawaian peringkat antarabangsa itu menguji keupayaan kenderaan 4X4 ciptaan Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) untuk bergerak pantas di atas permukaan bumi, sepantas 110 kilometer sejam.

Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan saringan yang dijalankan bersama Tim Uji TDM dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride).

"Kami sedang dalam perancangan untuk menjalankan beberapa lagi sesi yang lain di lokasi berbeza,” kata Nizam dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenderaan HMAV Mildef dilancarkan pada bulan lepas, ia dilengkapi dengan perisai bahagian bawah Tahab 2B Stanag 4569 dan perlindungan perisai badan Tahap 2B Stanag 4569 untuk melindungi penumpangnya.

Selain itu, ia turut dipasang dengan sistem persenjataan moden seperti pelancar grenade dan Remote Control Weapon Station (RCWS) yang membolehkan ia menembak sejauh 360 darjah tanpa perlu berhenti bergerak.

Untuk memastikan kadar mobiliti yang tinggi, jentera ini mempunyai enjin diesel Caterpillar dengan kadar kuasa 24hp/1tan dan jarak lega bumi yang tinggi.

Mildef adalah syarikat tempatan yang berpangkalan di Sepang, Selangor dengan kepakaran khusus dalam bidang perkhidmatan automotif bagi kegunaan industri pertahanan Malaysia. – Getaran, 15 Mac 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki