web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


28,445 Orang Di Sabah Sudah Suntik Vaksin Pfizer-BioNTech

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 8:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 28,445 orang di Sabah telah menerima dos suntikan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga Jurucakap COVID-19 bagi Kerajaan Sabah berkata 67.5 peratus daripada jumlah berkenaan adalah anggota barisan hadapan di Sabah.

"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga menerima sebanyak 470 laporan kesan sampingan melalui aplikasi MySejahtera, laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara dan melalui Sistem Maklumat Farmasi, namun kebanyakan laporan berkenaan kesan sampingan ringan, tidak membahayakan," katanya pada sidang media, di sini malam ini.

Menurutnya sehingga kini 241,492 rakyat di Sabah telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Sementara itu, Masidi berkata kerajaan negeri belum membenarkan aktiviti gelembung perjalanan (travel bubble) antara negeri yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan semula dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 negeri Sabah apabila angka jangkitan telah benar-benar stabil," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 9 bulan yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Akan Terima 2.7 Juta Vaksin Bivalen Gantian Vaksin Hampir Luput

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah