web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lakukan Pelbagai Kesalahan, Polis Disaman Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2021 4:15PM

Anggota polis dari JSPT menjalankan pemeriksaan terhadap anggota polis lain di IPK Kedah, pagi tadi. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Undang-undang tidak mengenal siapa dan itu hakikat yang terpaksa diterima segelintir pegawai dan anggota polis yang hadir bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini, apabila disaman oleh rakan-rakan sendiri dalam pemeriksaan secara mengejut di pintu masuk utamanya.

Laman rasmi Facebook Polis Kedah dalam hantarannya memaklumkan, pemeriksaan tersebut dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Cawangan Khas (SB) IPK Kedah sendiri.

Menurut hantaran tersebut, antara pemeriksaan dilaksanakan adalah berkaitan dokumen sulit, keadaan kenderaan serta pas keselamatan.

"Beberapa kenderaan milik pegawai, anggota dan kakitangan PDRM kontinjen Kedah telah disaman kerana melanggar undang-undang seperti nombor pendaftaran tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan memaklumkan, pemeriksaan tersebut adalah sesuatu yang rutin bagi memastikan kalangan pegawai dan anggotanya sentiasa mematuhi undang-undang dan disiplin ditetapkan pasukan.

"Bukan sesuatu yang pelik kerana kita memang jalankan pemeriksaan ini untuk pastikan para pegawai dan anggota turut mematuhi undang-undang.

"Apabila pemeriksaan sebegini dibuat, para pegawai dan anggota polis ini juga disaman jika tidak mematuhi undang-undang, sama seperti orang awam lain juga," katanya.

Tambahnya, ini merupakan kali pertama pemeriksaan sedemikian dilaksanakan di Kedah sejak beliau menjadi Ketua Polis Kedah pada Julai lalu.

"Sebelum ini semasa saya bertugas di Kelantan pun ada pemeriksaan sama dilaksanakan. Kita mahu ingatkan para pegawai dan anggota untuk tidak hanya menguatkuasakan malah turut patuh kepada undang-undang sedia ada," katanya. - Getaran,16 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka