web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada DNA Babi Dalam Sampel Sotong Ring Sejuk Beku - KPDNHEP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 10:44AM

Analisis ke atas sampel produk tersebut mendapati tiada DNA babi yang berjaya dikesan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan di dalam sampel produk sotong ring atau gegelang sotong sejuk beku seperti didakwa seorang pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata ia adalah hasil analisis ke atas sampel produk tersebut yang disita oleh Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan dihantar ke jabatan kimia.

Beliau berkata produk berkenaan disita hasil pemeriksaan dan siasatan ke atas beberapa premis di peringkat peruncit, pemborong, pengedar dan pengimport produk tersebut di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Johor susulan dakwaan yang tular menerusi media sosial mengenai sotong ring sejuk beku mengandungi rektum babi.

“Sampel-sampel daripada produk terbabit telah dihantar kepada Jabatan Kimia untuk tujuan mengenal pasti sama ada produk terbabit mengandungi DNA babi atau sebaliknya.

“Susulan itu, melalui keputusan yang diterima daripada Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan di dalam sampel terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanta menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dalam menyebarkan maklumat terutama menerusi media sosial termasuk isu berkaitan halal kerana ia mendatangkan kegusaran kepada orang ramai.

Isu itu bermula daripada satu tangkap layar yang ditularkan oleh seorang pengguna dengan mendakwa sotong ring mengandungi rektum babi itu ditemuinya di sebuah premis di Perlis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Polis Siasat Insiden Tular Pukul Anjing

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Hantaran Individu Sokong Hubungan Malaysia, Israel Adalah Video Lama - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi