web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Ditahan Imigresen, Tukang Urut Berlari Atas Bumbung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 1:07PM

Seorang daripada dua tukang urut warganegara Thailand keluar dari premis tempat dia bekerja melalui tingkap sebelum meniti bumbung premis tempat dia bekerja untuk mengelak dari ditahan Imigresen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Kelembutan dan kemanjaan setiap kali mengurut pelanggan tidak lagi kelihatan pada dua wanita warganegara Thailand, apabila mereka tersepit untuk melarikan diri setelah premis rumah urut tempat mereka bekerja diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.45 pagi itu, dua wanita berkenaan yang berusia 37 dan 43 tahun sanggup bertindak bahaya dengan meniti bumbung premis di Taman Sejati Indah di sini, semata-mata untuk meloloskan diri.

Percubaan tersebut bagaimanapun sia-sia belaka apabila mereka tetap berjaya diberkas, meskipun dapat memasuki premis sebelah menerusi tingkap yang terbuka.

Menurut Timbalan Pengarah JIM Kedah, Rosmaliza Mohamed Rashid, dua wanita terbabit dipercayai menjalankan aktiviti urut dan turut menawarkan khidmat seks dengan mengenakan caj berjumlah RM200 untuk bermalam. 

“Selain dua wanita tersebut, pihak kami turut menahan seorang lelaki Bangladesh berusia 34 tahun, dipercayai sebagai pelanggan di situ.

“Pemeriksaan di tingkat atas premis mendapati ruangan utamanya telah diubahsuai menjadi beberapa bilik berdindingkan papan sebagai pemisah,” katanya kepada media selepas mengetuai operasi berkenaan.

Selain aksi melibatkan dua wanita berkenaan, raungan serta tangisan pelanggan warganegara Bangladesh yang ditahan turut menarik perhatian apabila dia cuba meraih simpati untuk meminta dibebaskan, dengan mencipta pelbagai alasan.

Mengulas lanjut Rosmaliza berkata, setiap bilik di tingkat atas bangunan itu dilengkapi dengan peralatan mengurut dan seks seperti kondom, tisu serta minyak pelincir.

“Wang sebanyak RM200 turut dirampas di premis terbabit dipercayai dibayar oleh lelaki Bangladesh tersebut, untuk bermalam bersama seorang daripada wanita terlibat,” katanya.

Kes melibatkan dua tukang urut itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 manakala lelaki Bangladesh itu pula ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana pas lawatan kerja sementaranya sudah tamat tempoh. - Getaran, 10 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

LHDN Nafi ‘Serbuan’ Di Kediaman Hamzah Bermotifkan Politik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

40 Individu Ditahan Disyaki Terlibat Sindiket Perjudian, Pengurup Wang Digital Tidak Sah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia