web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengurus Syarikat Kerugian Lebih RM1.2 Juta Diperdaya Sindiket ‘Macau Scam’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang pengurus syarikat kerugian lebih RM1.2 juta selepas dipercayai terpedaya dengan sindiket “Macau Scam” oleh seorang individu yang menyamar sebagai wakil daripada sebuah syarikat insurans pada Oktober tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Supt Elias Omar berkata mangsa, seorang wanita berumur 46 tahun berasal dari Kulim itu menerima panggilan telefon daripada individu bernama “Sabrina” daripada Syarikat Insurans Etiqa yang meminta mangsa membuat pembayaran polisi berjumlah RM70,000.

“Mangsa yang menafikan pembelian polisi insurans itu kemudiannya telah diminta membuat laporan polis serta talian mangsa telah disambungkan ke Balai Polis Pudu.

“Mangsa telah bercakap dengan tiga individu yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Adam, Inspektor Mazlan dan Inspektor Yong.

“Individu berkenaan telah memaklumkan bahawa terdapat waran tangkap terhadap mangsa kerana terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan kes pembunuhan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Timbalan Pendakwa Raya bernama Puan Mastura bahawa dia membuat penangguhan waran tangkap namun mangsa perlu memberi kerjasama kepada pihak polis dan melaporkan aktiviti hariannya.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa mengaku telah mendedahkan maklumat akaun bank dan kad kredit Bank Islam dan Bank Rakyat miliknya kepada suspek selain mendedahkan jumlah wang yang ada di dalam setiap akaun bank termasuk akaun Tabung Haji yang berjumlah lebih kurang RM1 juta.

“Suspek telah mengarahkan mangsa membuat pindahan dari akaun Tabung Haji ke akaun Bank Islam sebanyak RM900,000 dan Bank Rakyat sebanyak RM200,000. Mangsa sedar dirinya ditipu apabila membuat semakan ke atas dua akaun miliknya pada 11 April lalu dan mendapati wang telah dipindahkan ke akaun pihak ketiga berjumlah lebih RM1.2 juta,” katanya.

Elias berkata mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Lunas, Kulim, semalam dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis ingat menasihatkan masyarakat supaya jangan sesekali percaya dengan sebarang panggilan yang diterima mengaku dari mana-mana jabatan kerajaan atau institusi kewangan.

“Sebelum membuat sebarang pembayaran semak status akaun di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau menghubungi CCIS Response Center di talian 03-26101559/1599,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah