web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Aneh Cabut Batu Nisan, Lempar Dalam Masjid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2022 8:56PM

Rakaman CCTV memaparkan wajah suspek yang disyaki mencabut batu nisan dan melemparkannya ke dalam masjid di Masjid Al-Ittihad, Sungai Kob di Kulim, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Seorang lelaki berkelakuan aneh apabila mencabut batu nisan dari tanah perkuburan di sebelah Masjid Al-Ittihad di Sungai Kob dekat sini, sebelum melemparnya ke dalam masjid tersebut, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Mohd Redzuan Salleh berkata, tindakan tersebut menyebabkan cermin tingkap di depan masjid berkenaan pecah akibat terkena lemparan batu nisan itu.

Katanya, kejadian tersebut disedari oleh seorang jemaah berusia 60-an yang hadir kira-kira jam 5.30 pagi tadi bagi menunaikan solat subuh.

“Jemaah tersebut terkejut melihat terdapat batu nisan di bahagian saf depan, dalam masjid.

“Pemeriksaan mendapati terdapat tingkap cermin di depan masjid yang pecah akibat balingan itu,” katanya.

Batu nisan yang dilempar ke dalam Masjid Al-Ittihad di Sungai Kob, Kulim, awal pagi tadi.
Batu nisan yang dilempar ke dalam Masjid Al-Ittihad di Sungai Kob, Kulim, awal pagi tadi.

Tambahnya, bersandarkan siasatan awal, kejadian terbabit dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi tadi.

“Motif kejadian masih dalam siasatan namun polis percaya kejadian ini tiada kena mengena dengan isu berkaitan agama.

“Suspek dipercayai merupakan lelaki Melayu yang memakai jaket dan berseluar jeans berwarna biru,” katanya.

Menurutnya, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat terhadap rumah ibadat.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Supritendan (ASP) Asnizaf di talian 013-4358399,” ujarnya. - Getaran 20 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia