web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bangunkan Aplikasi E-Hailing Demi Kawal Harga Tidak Munasabah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2022 12:03PM

Tambang teksi ditentukan oleh kerajaan hasil daripada penilaian segala kos yang terpaksa ditanggung oleh pemandu. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Kerajaan digesa membangunkan aplikasi e-hailing yang mampu dikuasai sepenuhnya oleh pentadbir negara dengan kadar segera demi penyelesaian isu ketidaktentuan penawaran harga dihadapi penumpang dan pemandu perkhidmatan tersebut.

Ketua Aktivis Pengangkutan Darat, Kamarudin Hussain berkata, usaha tersebut boleh dilakukan Jemaah Menteri dengan sebaiknya menerusi syarikat berkaitan milik Kerajaan (GLC). 

Menurut beliau, ia perlu diikuti dengan penyelarasan perbezaan pentakrifan dan peraturan antara dua penyedia perkhidmatan yang sama, iaitu teksi dan e-hailing.

"Dengan langkah tersebut, kerajaan dijangka dapat menyelamatkan berbilion ringgit hasil daripada sektor perkhidmatan tersebut dari dibawa keluar oleh syarikat asing untuk digunakan. 

"Sekiranya isu ini dipandang serius, ia dapat membantu menjaga kebajikan pemandu dan menaik taraf industri teksi negara," katanya hari ini. 

Kamarudin menegaskan, cadangan mengenai perkara itu telah berkali-kali dikemukakan kepada kerajaan agar industri tersebut dapat digerakkan dengan adil kepada semua pihak termasuk pemandu teksi, e-hailing dan penumpang. 

“Namun persoalannya, sampai bilakah kerajaan akan membiarkan masalah ini berterusan. 

"Kerajaan manakah yang akan menggunakan pakai cadangan kami dan menyelesaikan masalah ini demi kesejahteraan rakyat,” katanya. 

Jelasnya, pemantauan di sosial media mendapati hampir setiap hari terdapat rungutan penumpang dan pemandu e-hailing yang tidak berpuas hati dengan kadar tambang terlalu rendah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa peraturan diperkenalkan terhadap perkhidmatan e-hailing antaranya berkaitan kadar komisyen dan tambang. 

"Perkara itu dilihat telah menampakkan seolah-olah tawaran perkhidmatan teksi di dalam negara seperti terlalu mahal.

“Tambang teksi adalah satu kadar ditentukan oleh kerajaan hasil daripada penilaian segala kos yang terpaksa ditanggung oleh pemandu dan tidak membebankan penumpang," katanya. 

Namun, tambahnya, kadar tambang e-hailing pula tidak dikawal dan diserah bulat-bulat kepada syarikat pengendali untuk ditentukan. 

“Kesudahannya, syarikat pengendali e-hailing ini menjerat penumpang dengan membuang harga supaya teksi dinampakkan terlalu mahal,” katanya. 

Terdahulu, beberapa pengguna e-hailing baru-baru ini melahirkan kekecewaan mereka di media sosial terhadap perkhidmatan tersebut yang dilihat menawarkan harga perkhidmatan lebih tinggi berbanding sebelum ini. - Getaran, 14 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka