web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Buli Tempat Kerja Harus Diselesaikan Secara Menyeluruh - MSOSH

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 9:21AM

Gambar dari Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menggembleng tenaga bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlatih dalam sektor keselamatan serta kesihatan pekerja (KKP) agar tiada lagi individu menjadi mangsa buli di tempat kerja.

Presiden Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MSOSH), Dr Shawaludin Husin berkata, negara memiliki pelbagai pakar sama ada individu atau organisasi yang hebat dalam sektor KKP termasuk MSOSH yang sudah bertapak di negara ini lebih daripada 50 tahun.

Jelasnya, perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan Persekutuan bagi mencari titik penyelesaian untuk membantu permasalahan kes buli di tempat kerja, khususnya sektor kesihatan sehingga menyebabkan kematian.

“Kerajaan boleh menggembleng tenaga bersama persatuan-persatuan ini bagi mencari titik penyelesaian untuk membantu bidang kesihatan awam kita. Organisasi seperti MSOSH berupaya dalam menyalurkan khidmat penyiasatan bebas secara percuma.

“Antara kepakaran yang boleh disalurkan adalah “root cause analysis” untuk penyiasatan insiden-insiden terbabit, dan kemudian membuat syor langkah kawalan bersesuaian untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Namun, ia perlu dilihat dengan lebih teliti serta mengambil kira batas-batas dalam aspek perundangan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dr Shawaludin menegaskan, kes buli di tempat kerja, khasnya melibatkan doktor pelatih mesti ditangani dengan menyeluruh kerana walaupun kerap dilaporkan media secara terbuka, masih tiada penyelesaian dapat diketengahkan bagi membendung perkara ini.

Menurut beliau, perlu dijelaskan bahawa risiko KKP di dalam sektor kesihatan adalah sangat kompleks dan berpunca sekurang-kurangnya daripada dua elemen.

“Pertama, keletihan disebabkan tekanan mental tinggi dan tempoh pekerjaan yang lama. Kedua, masalah daripada suasana dan budaya kerja buli seperti didakwa pelbagai pihak.

“Sebagai contoh, doktor pelatih akan menerima tekanan mental yang berupaya menghasilkan Hazard Psikososial di dalam diri mereka dan rakan sekerja. Kedua-dua bahaya atau hazard ini perlu ditangani secara bersama atau pakej dan bukan berasingan mahupun bermusim,” katanya.

Dr Shawaluddin menarik perhatian, garis panduan Jabatan KPP Malaysia (DOSH) pula dengan jelas menyebut, keganasan serta deraan di tempat kerja merupakan gangguan psikologi.

Jelasnya, gangguan psikologi terdiri daripada perbuatan menindas melalui percubaan jenis berdendam, kejam atau jahat untuk mengaibkan atau merosakkan imej serta kedudukan seseorang pekerja termasuk dengan kritikan negatif yang berterusan dan tidak wajar.

“Deraan melalui pembulian juga ditafsirkan sebagai kelakuan yang menyimpang daripada perilaku wajar melibatkan salah guna kekuatan fizikal atau psikologi.

“Justeru, MSOSH mencadangkan agar DOSH meneliti semula garis panduan ini sama ada ia masih boleh berfungsi dengan baik, atau perlu wujud lebih banyak penegasan khusus untuk membendung kejadian-kejadian buli di tempat kerja,” katanya.

Terdahulu, siasatan awal polis berhubung doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang yang maut terjatuh dari bangunan pangsapuri di Jalan Dato Keramat 17 April lalu mendapati, si mati pernah mengadu dia terbeban dengan tugas.

Doktor pelatih dari sebuah universiti swasta di ibu negara itu ditempatkan di hospital tersebut pada 4 April lalu, iaitu tiga minggu sebelum dia ditemui meninggal dunia. – Getaran, 15 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah