web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMNO, BN Bergerak ‘Solo’ PRU-15, Tak Terikat Pakatan Politik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2022 8:42PM

Reezal Merican Naina Merican - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO komited untuk tidak akan terikat dengan mana-mana pakatan politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana meyakini mereka masih kekal mempunyai wibawa serta sokongan kukuh daripada rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, parti itu tidak mahu lagi termakan dengan retorik kosong, kononnya mahu berpegang pada wadah politik serba baharu yang masih jauh dan asing daripada pandangan. 

Menurut beliau, pakatan politik sukar direalisasikan berikutan terdapat parti lain yang menidakkan komitmen, perjuangan, kesungguhan dan iltizam pimpinan UMNO selama ini, seolah-olah mahu memadam fakta sejarah milik mereka.

“Oleh itu, langkah pemulihan dan meletakkan kembali negara di landasan kestabilan ini menjadi sebahagian daripada asas kekuatan dan pengalaman UMNO dalam pentadbiran kerajaan. Arungan politik diduga dengan langkah yang hemat dan penuh hati-hati.

“Strategi yang paling baik adalah mematikan langkah lawan dengan janji persefahaman yang mendahulukan maslahat dan kepentingan rakyat di tempat yang selayaknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Reezal yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, negara hakikatnya memerlukan kalangan pemimpin yang bijaksana dan hikmah dalam mendepani cabaran, mahir menyusun langkah dan cermat mengatur hujah.

“Kepentingan siasah disusun dengan sekemas mungkin bagi meletakkan kembali kepercayaan rakyat bersama kerajaan,” katanya.

Tegas beliau, pemetaan siasah serba baharu dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri yang dapat memenuhi tuntutan segenap generasi.

Gelombang serta arus politik katanya, tidak mungkin berulang dalam PRU-15, dan perkara itu turut diketahui oleh pemimpin parti lawan.

“Modal politik mereka semakin menipis. Strategi kemenangan pada PRU-15 mesti diasaskan kepada kemampuan kita menawarkan masa hadapan rakyat yang lebih terjamin bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Yang tidak kurang pentingnya untuk kita lakukan adalah melihat keperluan dan tuntutan pelbagai generasi dalam spektrum pengundi,” katanya.

Lantaran itu, Reezal berkata, Ini waktu terbaik untuk UMNO menyusun gerak dan strategi yang mampan serta bukan waktunya mereka dibelenggu perspektif atau pandangan politik kabur.

“Kita mahu memenangi hati pengundi muda atau pengundi kali pertama; hemah dan nawaitu kita tidak boleh terasing daripada mereka yang selama ini ‘setia’ menyokong kita. 

“Setiap generasi, mempunyai cita rasa dan kemahuan politik mereka sendiri.

“Tawaran baharu politik UMNO mesti mampu mencakupi keinginan semua,” katanya. - Getaran, 16 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang