web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Kecam, Beri Peluang ‘Task Force’ Siasat Kematian Doktor Pelatih

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 5:18PM

Khairy Jamaluddin hadir di majlis perasmian Hari Asma Sedunia di Connexion Conference & Event Centre (CCEC) di sini hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan khas bebas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan (KKM) diberi masa dua bulan untuk melaksanakan siasatan terperinci berkaitan kematian seorang doktor pelatih di Georgetown, Pulau Pinang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pasukan bebas itu juga diberi tanggungjawab untuk menyiasat kebenaran dakwaan bahawa doktor pelatih sering menjadi mangsa buli pegawai atasan dan petugas senior di hospital.

“Pasukan petugas sudah adakan mesyuarat pertama dan saya beri kebebasan kepada mereka lakukan apa sahaja kerana ini pasukan yang bebas.

“Pada masa sama, mereka janji dalam tempoh dua bulan akan hantar laporan kepada saya.

“Justeru, kita bagi peluang kepada pasukan khas bebas untuk laksanakan siasatan terperinci,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Hari Asma Sedunia di Connexion Conference & Event Centre (CCEC) di sini hari ini.

KKM pada 6 Mei lalu menubuhkan pasukan petugas bebas bagi menyiasat laporan kematian seorang doktor pelatih dan dakwaan budaya buli yang berlaku di hospital awam.

Khairy sebelum ini menegaskan, polis sedang melengkapkan siasatan kes tersebut, malah beliau sendiri telah menerima laporan awal daripada ketua jabatan mangsa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau telah mengarahkan KKM serta agensi di bawah kementerian itu agar memberi kerjasama sepenuhnya kepada pasukan khas terbabit dalam menjalankan siasatan.

“Pasukan khas itu bebas serta boleh tanya apa-apa soalan kepada sesiapa sahaja yang mereka mahukan, termasuklah doktor pelatih atau mana-mana pegawai untuk mendapatkan maklumat.

“Kita yakin tiada apa-apa maklumat yang akan dapat disembunyikan daripada diketahui pasukan ini,” katanya.

Gejala buli ke atas doktor pelatih di hospital awam terbongkar, apabila seorang doktor pelatih yang ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) ‘terjatuh’ dari bangunan dan meninggal dunia pada 17 April lalu.

Sejak itu, satu demi satu pendedahan mengenai budaya yang sudah membarah itu dikongsi doktor pelatih dan kontrak di media sosial.

Getaran sebelum ini melaporkan, seorang doktor perubatan, Dr Firdaus Ilias turut berkongsi pengalaman pahit dan manis semasa bergelar doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak selama dua tahun.

Menurut beliau, sikap membuli dan budaya rasis memang berlaku di mana-mana, tidak kira di tempat kerja atau di luar premis.

Menurut Dr Firdaus, beliau sewaktu menjalani posting kelima di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) perlu melalui satu tempoh dikenali sebagai ‘tagging’.

Dalam konteks itu, tagging sebenarnya adalah tempoh masa diberikan kepada doktor pelatih untuk menyesuaikan diri dengan jabatan baharu masing-masing.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka perlu belajar dan diberikan pendedahan terhadap prosedur umum kepada setiap pesakit. -  Getaran, 19 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Ibu Kepada Remaja Ditemukan Lemah Di Masjid Buat Laporan Polis

3

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Polis Tahan Dua Pelajar Buli Rakan

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kes Buli MCKK Sedang Disiasat, Polis Sudah Terima Laporan Pada September - Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 20 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'