web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wujud Sindiket Halalkan Kad UNHCR Buat Rohingya ‘Berkampung’ Di Malaysia?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 11:37AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan wujud ‘sindiket’ dalam Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) yang seolah-olah menghalalkan kedatangan etnik Rohingya ke Malaysia.  

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati, anak kelahiran etnik itu secara automatik dan diberikan kad UNHCR dengan mudah yang bakal membebankan negara.

Apa membimbangkan, tegasnya, kelulusan tanpa pemantauan dan penelitian kerajaan disokong Rohingya Society Malaysia yang dilihat mempunyai muslihat tersembunyi untuk menjatuhkan negara.

“Tentang pendudukan PATI yang tidak mempunyai dokumen, jika mereka mempunyai kad UNHCR sekali pun, kita beranggapan mereka sebagai seorang yang tidak mempunyai dokumen sah.”

“Macam mana UNHCR ini mengeluarkan kad ini sehinggakan kad ini menjadi sesuatu yang sah untuk mereka tinggal di sini, walhal datang sebagai pelarian,” katanya hari ini.

Hamzah berkata, sepatutnya UNHCR mendapatkan kepastian terlebih dahulu, sama ada seseorang itu adalah pelarian atau sebaliknya yang akan ditentukan oleh kerajaan.

“Saya tak nak menuduh, tapi saya yakin bahawa ada tindakan UNHCR yang menguntungkan beberapa kumpulan,” katanya.

Lantaran itu, beliau menggesa agar UNCHR tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kad perlindungan semata-mata atas persetujuan Rohingya Society Malaysia yang membuktikan seolah-olah kedua-dua pihak bekerjasama dalam perkara terbabit.

Jelas Hamzah, pihaknya akan mencari bukti tambahan bahawa terdapat perkara tersembunyi dijalankan persatuan itu yang seakan-akan lebih berkuasa mengeluarkan kad identiti untuk pelarian menetap di sini, khususnya etnik Rohingya.

“Kita nak beritahu UNHCR, ini negara kita, jangan keluarkan kad sewenang-wenangnya atas persetujuan Rohingnya Society Malaysia.

“Mana boleh sesuatu persatuan yang tidak didaftarkan secara sah, mengeluarkan surat mengatakan warga PATI ini patut diberikan perlindungan.

“Ini dah nampak putik-putik yang terlindung, kita akan mencari lagi kesalahan semua pihak termasuk UNHCR.

“Dahulu kita bagi tinggal sementara di sini, tapi kalau dah banyak kali buat silap, ternyata ada justifikasi untuk tidak lagi membenarkan terus tinggal di mana ianya boleh menyebabkan kesalahan lebih besar,” katanya. - 28 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Tegas Tangani Isu Imigran

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekas Setiausaha Politik Didakwa Lagi, Tuduhan Rasuah Berkaitan Tender PDRM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Terima Rasuah RM350,000, Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin Mengaku Tidak Bersalah

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka