web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Setiausaha Politik Didakwa Lagi, Tuduhan Rasuah Berkaitan Tender PDRM

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 1:25PM

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad ketika tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah berkaitan tender perkhidmatan penyelenggardan dan pembekalan alat ganti peralatan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Dia didakwa meminta suapan wang tunai RM350,000 daripada Wan Azhar Mohamed Yusof selaku Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan tender Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembekalan Alat Ganti Bagi Peralatan Infrastruktur, Server, Perisian Dan Radio Pengguna Sistem RMPNet untuk PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Nexuscorp Group Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada 4 petang, awal Disember 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farhana Ismail memohon mahkamah mengguna pakai jaminan dan syarat seperti yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam dan turut memohon supaya kes di mahkamah ini dipindahkan ke mahkamah Kuala Lumpur untuk dibicarakan.

Peguam Md Yunos Shariff yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan itu.

Mahkamah membenarkan permohonan berkenaan dan menetapkan 12 Julai untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh dilikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap bulan sehingga kes selesai.

Semalam Sayed Amir Muzzakkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM350,000 daripada Wan Azhar sebagai upah membantu Syarikat Nexuscorp mendapatkan tender bagi kerja penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti untuk PDRM.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, di Solaris Dutamas di sini, pada 4 petang, 4 Disember 2020 dan 3.30 petang, 16 Disember 2020. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anak Hamzah Zainudin Didakwa Terima Rasuah RM100,000

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Luar Negara 1 hari yang lalu

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

Semasa 2 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar