web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Rasuah RM350,000, Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainuddin Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 11:15AM

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad. – Gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM350,000.

Kesalahan tersebut berkaitan projek bernilai lebih RM380 juta.

Getaran difahamkan, projek berkenaan melibatkan perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alat ganti peralatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tertuduh, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi dan memohon dibicarakan.

Beliau yang mengenakan kot berwarna gelap hadir bersama isterinya dan hanya menganggukkan kepala tanda faham, sebelum dengan perlahan meminta untuk dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu berjawatan Setiausaha Politik kepada Hamzah didakwa menerima wang rasuah berjumlah RM350,000 daripada Pengarah Urusan Syarikat Nexuscorp Group Sdn Bhd, Wan Azhar Mohamed Yusof.

Hamzah waktu itu menyandang portfolio Menteri Dalam Negeri.

Tertuduh didakwa menerima suapan tersebut sebagai dorongan untuknya membantu syarikat berkenaan mendapatkan tender perkhidmatan penyelenggaraan serta pembekalan alat ganti untuk peralatan infrastruktur, server, perisian serta radio pengguna sistem RMPNET PDRM bernilai RM381,112,042.44.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di pejabat Yayasan Tanah Aku, Solaris Dutamas, di sini pada jam 4 petang, 4 Disember 2020 dan 3.30 petang 16 Disember tahun yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Peguam bela tertuduh, Yunos Shariff memohon anak guamnya ditawarkab jaminan lebih rendah memandangkan beliau tidak digolongkan sebagai ‘flight risk’ dan sentiasa bekerjasama sepanjang kes ini.

Azura kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM60,000 dengan syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Kuala Lumpur setiap awal bulan.

“Saya juga mohon tertuduh tidak menganggu mana-mana saksi dalam apa jua cara sekalipun terutamanya saksi utama kes ini,” katanya.

Mahkamah menetapkan 12 Julai depan bagi pengurusan kes. - Getaran, 23 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'