web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Motosikal Dibonceng Terbabit Nahas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2022 2:49PM

Penunggang motosikal tersebut gagal mengelak motosikal yang dipandu di lorong kedua dan terus melanggar sebuah kereta dari arah belakang. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas motosikal diboncengnya terlibat dalam nahas dengan sebuah kereta di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam nahas  yang berlaku jam 10.30 malam itu, mangsa yang berusia 35 tahun dan membonceng motosikal rakannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

“Siasatan mendapati, motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kedua dari di Kilometer ( KM) 23.3 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke tol Jalan Duta.

“Namun, penunggang motosikal tersebut gagal mengelak motosikal yang dipandu di lorong kedua dan terus melanggar sebuah kereta dari arah belakang,” katanya hari ini.

Keadaan kenderaan yang dilanggar dari belakang. - Gambar ihsan polis
Keadaan kenderaan yang dilanggar dari belakang. - Gambar ihsan polis

Katanya, siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Justeru, kita meminta saksi bebas yang berada di tempat kejadian supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Selain itu, mereka boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan A/ L Ravindran di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” ujarnya. - Getaran, 2 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang