web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Ubat Kurang, Rakyat Jangan Buat Pembelian Panik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jun 2022 8:09PM

Pihak industri terpaksa membuat pesanan lebih tinggi daripada pengeluar di luar negara disebabkan lambakan permintaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai digesa untuk tidak membuat pembelian panik atau menyimpan ubat yang tidak diperlukan bagi mengelakkan masalah kekurangan bekalan di negara ini menjadi semakin buruk.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Koh Kar Chai berkata, pembelian panik sebenarnya sudah berlaku selepas sektor ekonomi serta sosial dibuka semula, dan ia bukan fenomena baharu seperti didakwa.

Menurut beliau, situasi itu menjadi agak ‘luar biasa’ disebabkan lambakan permintaan yang tidak pernah terjadi sebelum ini terhadap ubat-ubatan tertentu, susulan peningkatan jangkitan COVID-19, khususnya varian Omicron.

Keadaan itu jelasnya, mengejutkan pengeluar dan pengedar farmaseutikal.

“Pihak industri (ketika ini) terpaksa membuat pesanan lebih tinggi daripada pengeluar di luar negara selepas banyak farmaseutikal, pengilang dan pengedar terkejut dengan permintaan yang luar jangka ini.

“Pihak pengeluar tempatan, masing-masing sedaya upaya meningkatkan kapasiti pembuatan, namun ia terpaksa bergantung kepada bahan mentah dari negara lain. Disebabkan masalah ini dihadapi oleh seluruh dunia, import kedua-dua produk terjejas," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Dr Kar Chai menegaskan, pengilang tempatan ketika ini terpaksa mengehadkan kapasiti masing-masing untuk meningkatkan pengeluaran.

Beliau bagaimanapun berharap kekurangan ubat-ubatan tertentu ini dapat ditangani dan bekalan kembali berada di pasaran.

“Bukan mudah hendak meningkatkan pengeluaran hanya untuk mengatasi kekurangan bekalan ubat di pasaran.

“Selain bahan mentah, kilang juga dibina mengikut spesifikasi tertentu yang mungkin tidak membolehkan sebarang peningkatan mendadak atau besar-besaran.

“Diharapkan isu ini dapat ditangani segera, jika tidak bekalan ubat lain pula akan terjejas dan mengalami kekurangan.

“Jika situasi ini tidak diperbetulkan, kemungkinan bekalan ubat lain yang sebelum ini tidak terjejas juga akan terganggu,” katanya.

Terdahulu, beberapa jenis ubat-ubatan dikesan mengalami kekurangan di pasaran, termasuk di klinik swasta berikutan kegagalan pembekal dari luar negara menghantar bekalan mengikut jadual akibat kekurangan bahan mentah.

Antara ubat yang didakwa mengalami kekurangan adalah ubat batuk, demam dan antibiotik yang disifatkan penting untuk rawatan harian pesakit, selain ubat bagi merawat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) disebabkan peningkatan kes itu di seluruh negara.

Sementara itu, Presiden Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Boi Saidi Abd Razak mengakui perkara tersebut dan menjangkakan keadaan berkenaan akan berlanjutan sehingga penghujung tahun ini.

Jelasnya, klinik swasta ketika ini terpaksa menghadkan preskripsi ubat kepada pesakit bagi mengelakkan terputus bekalan.

“Lantaran itu, PERDIM menggesa agar kerajaan, khususnya pihak berkuasa campur tangan supaya masalah ini tidak berterusan. Kekurangan bekalan ubat ini mampu ditangani sekiranya ada tindakan lebih awal.

“Pada masa sama, kerajaan Persekutuan boleh mencari jalan sebaiknya untuk menambah bekalan ubat yang mengalami kekurangan daripada negara-negara lain,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 53 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad