web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Henti Kuatkuasa Harga Siling Ayam Jika Subsidi Dimansuhkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 3:24PM

Penternak ayam memohon supaya kerajaan membenarkan harga siling ayam ditentukan sendiri oleh penternak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa berhenti menguatkuasakan harga siling runcit dan borong untuk ayam standard selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan subsidi kepada penternak tidak akan lagi diberikan mulai 1 Julai depan.

Menurut satu sumber industri penternakan ayam, penetapan harga siling maksimum itu sekiranya direalisasikan, bakal menyebabkan penternak mengalami kerugian besar kerana berdepan kenaikan pelbagai kos, khususnya makanan haiwan tersebut.

Sumber terbabit memaklumkan, kerajaan seharusnya membenarkan harga siling ayam ditentukan sendiri, berdasarkan permintaan dan penawaran sedia ada di pasaran.

“Penternak ini (ayam) akan mengalami kesusahan dan terpaksa tanggung rugi hanya semata-mata perlu memastikan harga kekal seperti sedia ada, sekiranya subsidi ayam tidak lagi dilaksanakan. 

“Janganlah kerajaan lepas ini nak tetapkan lagi harga maksimum ayam sekiranya dilaksanakan 1 Julai nanti.

“Kita juga harapkan biar keadaan semasa pasaran yang tentukan harga ayam sama ada murah mahupun mahal. Dengan cara ini penternak dan peniaga tidak terbeban. Kita bimbang sebab dedak ayam pun bulan ini naik lagi,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Harga dedak ayam naik melambung sejak akhir-akhir ini. - Gambar fail
Harga dedak ayam naik melambung sejak akhir-akhir ini. - Gambar fail

Jelasnya, harga dedak ayam masih menunjukkan trend peningkatan sejak tahun lalu yang ketika ini dijual sehingga RM150 hingga RM170 seguni untuk 50 kilogram, berbanding RM90 pada 2021.

Lebih membimbangkan, katanya, harga dedak terbaik yang mampu melahirkan ayam berkualiti untuk pengguna, meningkat sehingga melebihi RM250.

Malah, menurut sumber itu, harga dedak yang sekali lagi naik pada Jun ini sememangnya melampau kerana ia menunjukkan bahawa tidak akan ada penurunan harga, selagi pasaran dunia masih berdepan masalah bekalan akibat pelbagai isu ekonomi, khususnya krisis perang antara Rusia dan Ukraine.

“Satu dunia mengalami peningkatan barang. Di Malaysia, boleh nak turun harga ayam tapi janganlah membebankan kami. Mekanisme sedia ada kini pun sudah membuat ramai gulung tikar.

“Kami tak mahu komen lebih mengenai kesusahan kami kerana nanti dituduh macam-macam pula oleh orang ramai. Lagipun ramai di antara kami ini sedang menunggu masa untuk disiasat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) selepas dituduh kartel oleh orang ramai,” katanya.

Baru-baru ini, Ismail Sabri ketika mengumumkan perkara itu pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) menegaskan, kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada penternak, sebaliknya menyalurkan kewangan itu kepada rakyat memerlukan, terutama golongan B40.

Beliau berkata, langkah terbabit bertujuan mengurangkan bebanan rakyat supaya tidak terlalu tertekan dengan kenaikan harga barang.

Tegasnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan mekanismenya kelak.

Sementara itu, ada dalam kalangan pemain industri berkata, penternak berpendapat harga siling RM8.90 sekilogram bagi ayam hanya strategik untuk dikekalkan di kawasan kampung, mahupun pedalaman, berbanding bandar disebabkan pelbagai kos yang semakin meningkat.

“Kami sebenarnya dah tak tahu nak kata apa mengenai isu ayam ini sebab bukan sahaja harga dedak dan kos buruh meningkat, malah harga anak ayam pun naik nak dekat RM2.50 seekor. Industri ini memang dalam keadaan tenat tapi kami akan bertahan selagi kami mampu,” katanya.

Mengulas berkenaan subsidi kepada penternak, beliau mengharapkan kerajaan memudahkan urusan tuntutan bayaran terhadap perkara tersebut, seperti diumumkan sebelum ini.

“Untuk pengetahuan, lebih kurang 40 peratus sahaja penternak menerima bayaran subsidi ayam berkenaan dan berharap proses ini dapat dipercepatkan selepas semua dokumen diperlukan diserah bagi tujuan itu,” katanya.

Terdahulu, Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata, subsidi lebih RM500 juta yang diumum kerajaan kepada penternak ayam, dijangka tidak banyak membantu kumpulan itu untuk mengurangkan harga jualan ayam kepada pemborong, peniaga dan pengguna.

Menurut beliau, ia ekoran majoriti penternak kecil masih terhimpit dengan kos pengeluaran yang kekal tinggi.

Subsidi itu, katanya, dilihat tidak cukup untuk membantu penternak yang masih berdepan peningkatan harga dedak ayam, seperti jagung, soya dan sawit serta kenaikan harga anak ayam.

Selain itu, Jeffrey berkata, harga kawalan ditetapkan kerajaan turut menambah tekanan kepada penternak, sehingga ada memilih berhenti menjual ayam kerana berdepan kerugian berterusan. - Getaran, 3 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang