web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laporan Penuh kes Muhammad Adib, Pedra Branca, Tommy Thomas Ogos Hadapan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Jun 2022 1:22PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) pada sidang media di Putrajaya, hari ini. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Laporan penuh jawatankuasa khas yang menjalankan siasatan dan kajian terhadap kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan diketahui Ogos hadapan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan juga akan menerima laporan berkenaan isu dan tindakan perundangan kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh serta dakwaan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

"Kita dah bagi enam bulan sejak mereka dilantik pada penghujung Disember bagi mengkaji tiga kes tersebut. Jawatankuasa ada laporkan kepada Jemaah Menteri selepas tiga bulan melaksanakan kajian. 

"Jawatankuasa minta untuk sambung lagi bagi membolehkan pihak mereka memperhalusi serta meneliti dengan terperinci sebaiknya laporan tersebut," katanya dalam sidang media di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, di sini, hari ini. 

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim
Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Menurut beliau, pasukan petugas khas terpaksa mengambil langkah tersebut kerana semua laporan terbabit perlu diterjemahkan sepenuhnya ke bahasa Melayu agar mudah difahami. 

Jelas Wan Junaidi, mereka turut bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kepakaran menterjemah dalam pelbagai bidang demi memastikan tiada kesalahan yang berlaku selepas terjemahan selesai dilaksanakan. 

"Ada kita minta dokumen daripada pihak individu yang disimpan dan tak mampu diperoleh secara serta-merta serta ada saksi sudah ke luar negara. Kalau saksi tak mahu balik secara sukarela, kita akan bawa kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinet, sebab itu kita tangguhkan sehingga Ogos agar laporan itu dapat disiapkan. 

"Kita menggunakan semua kepakaran dari dalam dan luar negara seperti contoh, (Pulau) Batu Puteh, kita ada menggunakan khidmat pakar dari England. Kita sepatutnya boleh dapat laporan menjelang Ogos," katanya. - Getaran, 13 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah