web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kartel Buruh Asing ‘Kuasai’ Malaysia, Bangladesh Jika 25 Ejen BRA Dikuatkuasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 12:00PM

Buruh dari Bangladesh menaiki bas pada penghujung syif pertama di tapak pembinaan di Kuala Lumpur pada 11 Mac 2009. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk hanya membenarkan 25 Ejen Pengambilan Bangladesh (BRA) dan 250 sub ejen menerima bantahan, apabila ia disifatkan sebagai ‘durian runtuh’ yang hanya akan memperluaskan lagi kuasa kartel dalam menguasai industri merekrut buruh asing di kedua-dua negara.

Mantan Setiausaha Agung Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Bangladesh Antarabangsa (BAIRA), Shameem Ahmed Chowdhury Noman berkata, kartel itu mampu menjadikan pengambilan pekerja asing satu sindiket, yang menyebabkan keseluruhan proses berkenaan dikawal sekumpulan kecil individu, sekali gus mewujudkan lebih banyak ejen haram.

“Kami sangat terkejut apabila Malaysia hanya mengambil 25 agensi sahaja. Kenapa mereka bertindak sedemikian? Kita syukur kerana mereka pilih agensi dari Bangladesh namun jika hanya itu yang terpilih, saya tidak nafikan memang isu kartel tersebut akan lebih luas bukan sahaja di Malaysia, malah di negara kita.

“Ini kerana agensi yang dipilih akan membuka sub-ejen haram dan meluaskan jajahan mereka sehingga ke Malaysia. Sebab itu, kita tidak mahu kerajaan Malaysia hanya memilih beberapa agensi sahaja seperti dilakukan sekitar tahun 2014, apabila hanya 10 BRA dilantik. Mengapa perkara ini masih berterusan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Demi kebaikan bersama, Shameem Ahmed menggesa kerajaan Malaysia dan Bangladesh meneliti semula perkara berkenaan agar sindiket pekerja asing yang dikawal kartel di kedua-dua negara mampu dibanteras dengan berkesan.

Beliau turut mencadangkan agar pasaran dibiarkan bebas dan tidak dikawal, supaya kos pengambilan pekerja boleh ditawarkan dengan lebih murah kepada rakyat Malaysia.

“Jangan kawal kos pekerja asing, ia perlu dilaksanakan kerana jika tidak, sindiket boleh menentukan yuran atas budi bicara sendiri. Jika tidak ditetapkan, ia akan memberi saingan kepada semua agensi.  

“Kalau mereka letak harga tinggi namun ada yang menawarkan lebih murah, sudah pasti orang akan pergi kepada mereka yang rendah harganya. Kalau ditetapkan, kartel akan semakin rancak menaikkan kos dan memberi kesan kepada majikan serta pelbagai pihak secara keseluruhan,” katanya.

Terdahulu Getaran melaporkan, sumber industri mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melantik hanya 25 ejen bakal memperkukuhkan lagi kuasa ‘kartel’ yang menguasai industri merekrut buruh asing, sekiranya kegiatan mereka tidak dihentikan.

Lebih membimbangkan, beliau berkata, pekerja yang diambil kartel sering menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan tidak mendapat perlindungan sebaiknya seperti dijanjikan.

Justeru, sumber terbabit mempersoalkan, mengapa Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan ‘kuasa’ kepada hanya 25 agensi terbabit untuk menghantar pekerja bagi keperluan buruh asing di negara ini, berbanding memberi hak sama terhadap syarikat tempatan.   

Dalam pada itu, ditanya sekiranya wakil agensi buruh Bangladesh ada berhimpun ketika lawatan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan ke Dhaka, baru-baru ini bagi membantah tindakan Malaysia, Shameem Ahmed tidak menafikan perkara tersebut.

“Betul, memang ada tunjuk perasaan di sana ketika Menteri (Saravanan) datang ke Bangladesh namun ia dilakukan secara aman, walau secara dasarnya memang mereka tak puas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

“Ramai yang mempersoalkan bagaimana dari 1,300 agensi yang disenaraikan kerajaan Bangladesh, hanya 25 agensi dan 250 ejen sahaja Malaysia pilih. Mana keadilan untuk mereka yang tidak dipilih,” katanya.

Pada masa sama tegas beliau, pemilihan ejen berkenaan bukan sahaja mewujudkan kartel atau sindiket, malah turut menyebabkan amalan rasuah semakin bermaharajalela.

“Tolonglah, dengarlah suara kami demi nama baik Bangladesh dan Malaysia,” katanya, merayu.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), Dr Sukumaran Nair menggesa kerajaan menyiasat dakwaan terdapat ejen pengambilan pekerja asing luar negara yang menawarkan majikan kaedah lebih mudah dan kelulusan lebih cepat, berbanding prosedur biasa.

Beliau berkata, ahli-ahli pertubuhan itu mendakwa pelanggan mereka ‘dicuri’ oleh ejen pengambilan dari Bangladesh dan Nepal dengan menjanjikan kelulusan lebih cepat, berbanding kebiasaan diamalkan kementerian. - Getaran, 15 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang