web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ali Imran Ditemui Keletihan, Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Jun 2022 1:51PM

Ali Imran Naseruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ali Imran Naseruddin, 16 yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ditemui dalam keadaan selamat, awal pagi tadi.

Ibunya, Wan Esuriyanti Wan Ahmad berkata, mereka sekeluarga ditemukan semula dengan remaja berkenaan pada jam 4 pagi tadi.

Menurut beliau, anak bongsunya itu ditemui oleh anggota polis dikenali sebagai Koperal Nasir dan rakan setugas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Mereka berdua menghubungi kami pada jam 3.26 pagi untuk memaklumkan mengenai berita baik itu.

“Terima kasih kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Puan Nur Arfidah Mohamed dan pasukan di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang atas segala usaha menjejaki Ali,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, bekas wartawan itu turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai yang membantu menguar-uarkan berita kehilangan Ali Imran, bagi memudahkan misi mencari dilakukan.

“Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga dan rakan taulan, yang berterusan membantu dan menyokong untuk membawa Ali pulang,” katanya.

Wan Esuriyanti yang lebih dikenali sebagai Wan Es turut meminta jasa baik orang ramai agar tidak menghakimi anaknya kerana mengambil tindakan sedemikian.

“Harapan kami, agar tiada ibu bapa yang perlu mengharungi keadaan seperti ini ke atas anak mereka. 

“Namun, kami juga berharap agar tiada tanggapan buruk dibuat ke atas Ali. Bukan semua yang memahami, tetapi beliau mempunyai sebab sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Es ketika dihubungi The Vibes berkata, suaminya menerima panggilan dari IPD Ampang yang memaklumkan Ali Imran ditemui di Kampung Melayu, kira-kira 40 kilometer dari kediaman mereka.

Katanya, persoalan mengenai lokasi anaknya sebaik hilang dari rumah sewajarnya diserahkan kepada pihak polis untuk dijawab.

Beliau bagaimanapun menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa dan orang awam atas keprihatinan serta bantuan dihulurkan.

“Rakyat Malaysia sememangnya mengagumkan. Sokongan yang kami terima amat mengharukan,” katanya.

Ali Imran, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4 itu dikesan hilang dari rumah pada jam 5.30 pagi, 16 Jun lalu sewaktu mahu dikejutkan ibunya untuk ke sekolah.

Rakaman kamera litar tertutup di pondok pengawal keselamatan mengesan kelibat remaja berkenaan pada jam 4 pagi, dengan berpakaian serba hitam dan membawa sebuah beg kecil berwarna biru gelap. - Getaran, 19 Jun 2022








 

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi