web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Jun Tarikh Diisytihar Hari TVET Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 11:46AM

Ismail Sabri merasmikan Minggu TVET Negara (MTN) di Dewan Al Jazari, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tarikh 2 Jun dinobatkan sebagai Hari Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), sebagai menghargai jasa dan kejayaan bidang berkenaan dalam memperkasakan ekonomi negara.

Serentak dengan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan melaksanakan Program Dermasiswa B40 TVET buat pelajar yang mengikuti pengajian tersebut di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula hari ini.

"Pengambilan pertama akan melibatkan 1,000 orang pelajar dan kerajaan menjangkakan program ini membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.

"Saya yakin, program ini menawarkan lebih banyak peluang kepada anak-anak Keluarga Malaysia, terutamanya daripada kumpulan B40.

"Ini dilaksanakan agar mereka mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET," katanya ketika berucap pada Minggu TVET Negara di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai bentuk intervensi bagi menyediakan peluang pendidikan yang lebih luas untuk Keluarga Malaysia, termasuk mengadakan Program Penajaan Pendidikan.

"Secara umumnya, terdapat beberapa strategi penajaan pendidikan yang telah dilaksanakan seperti pinjaman pendidikan, pinjaman boleh ubah, dermasiswa, biasiswa dan bantuan kewangan.

"Dalam konteks program hari ini, keprihatinan kerajaan terhadap TVET diserlahkan dengan pembiayaan yang tinggi 80 peratus penyedia TVET awam, menerusi penawaran program TVET secara percuma," katanya. - Getaran, 20 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan