web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masyarakat Mula 'Jatuh Cinta' Dengan TVET Namun Belum Capai Sasaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 12:50PM

Ismail Sabri berkata TVET dikenal pasti sebagai satu daripada 14 pemacu perubahan dalam RMK12, justeru sudah tiba masanya bidang tersebut menjadi pilihan utama belia. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Walaupun kesedaran masyarakat terhadap pekerjaan sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sudah meningkat namun ia masih belum mencapai sasaran ditetapkan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, TVET juga dikenal pasti sebagai satu daripada 14 pemacu perubahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), dan sudah masanya bidang tersebut menjadi pilihan utama belia untuk mempersiapkan diri demi masa depan seperti negara maju lain.

"Bilangan pelajar aliran vokasional dan teknikal di negara maju adalah tinggi. Di Jerman misalnya, TVET dianggap antara sistem pendidikan utama malah sehingga 70 peratus pelajarnya memasuki aliran vokasional.

"Senario ini juga terdapat di negara Asia seperti Korea Selatan yang berjaya bangkit dengan pantas daripada kemusnahan perang untuk muncul sebagai kuasa besar ekonomi, hasil pengukuhan sektor pendidikan termasuk TVET," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap sempena Minggu TVET Negara 2022 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan telah menggariskan pelbagai strategi  termasuk menangani isu pertindihan dan merombak tadbir urus TVET.

Langkah itu katanya, termasuk mempromosikan jenama TVET dan meningkatkan kualiti program serta mewujudkan pangkalan data.

"Kerajaan turut memperkukuhkan penawaran program berorientasikan industri dan memperhebatkan penglibatan industri secara aktif bagi menyediakan graduan yang menepati keperluan mereka.

"Dalam usaha memperkasakan TVET, penjenamaan dan reputasinya perlu dipertingkatkan dan ini memerlukan usaha lebih jitu bagi pengukuhan secara holistik. Justeru, anjakan paradigma mesti dilakukan bagi meningkatkan persepsi positif dengan sokongan ibu bapa, belia dan industri terhadap TVET," katanya.

Ismail Sabri turut menyeru industri yang menjadi rakan kongsi strategik untuk turut mempromosikan TVET kepada Keluarga Malaysia seperti menonjolkan peluang kerjaya dalam sektor masing-masing dan membenarkan pelajar membuat lawatan ke premis mereka.

"Saya percaya, langkah ini dapat menjadi daya tarikan kepada ramai pelajar, sekali gus menjadikan TVET pemangkin utama dalam melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi seperti mana negara maju lain," katanya. - Getaran, 20 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini