web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarif Elektrik Dan Air Di Semenanjung Tidak Dinaikkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 5:44PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan tertentu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan keputusan itu, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion. 

“Kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

“Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Datuk Seri Dr Ronald Kiandee).

“Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar rakyat tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, The Vibes melaporkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), seperti syarikat tenaga lain seluruh dunia, kini berdepan kesukaran untuk mengekalkan kadar semasa, khususnya di saat harga arang batu turut melonjak.

Harga bahan itu, yang menyumbang kepada separuh keperluan tenaga negara, melambung empat kali ganda sejak perang antara Russia dan Ukraine meletus.

Malah, terdahulu, wujud dakwaan Malaysia dijangka berdepan caj tambahan ke atas bil elektrik susulan kenaikan harga minyak akibat konflik kedua-dua negara berkenaan sejak awal tahun ini. - Getaran, 24 Jun 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah