web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kenapa Heret Agong Dalam Isu Pelantikan Tajuddin?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 5:51PM

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berpandangan, mana-mana pihak apatah lagi seorang Perdana Menteri, tidak wajar memutar atau ‘spin’ sesuatu bantahan, terutama yang bermerit ke atas isu pelantikan membabitkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, memandangkan terlalu banyak pelantikan jawatan penting dalam perkhidmatan awam membabitkan pembiayaan dana awam perlu mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, justeru tindakan ‘spin’ terhadap bantahan bermerit seolah-olah menidakkan kuasa perkenan baginda, adalah tidak wajar. 

Mohamed Hanipa yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) menjelaskan, tidak timbul isu berhubung perkara tersebut. 

“Bagi saya, jika ada pihak membuat spin seperti itu (seperti yang berlaku sekarang), ia hanya memburukkan lagi imej negara ini dari imejnya yang sedia buruk, khususnya dalam isu pelantikan Yang Berhormat (YB) UMNO ini.

“Dengan hormat, dalam isu seperti ini yang melibatkan nama baik dan integriti sesebuah kerajaan, Perdana Menteri sewajarnya berhati-hati mengeluarkan kenyataan bagi menyokong pelantikan penuh kontroversi itu,” katanya menerusi kenyataan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan segelintir pihak mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik, seolah-olah mempersoalkan kuasa Agong.

Ismail Sabri berkata, pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan baginda.

Mengulas lanjut, Mohamed Hanipa berkata, Perdana Menteri tidak sewajarnya dilihat seolah-olah sedang berpolitik dengan standard ‘amat murah’.

Jelas beliau, semua tahu dan sedar bahawa bantahan ke atas pelantikan Tajuddin itu amat bermerit serta disuarakan bukan atas dasar emosi semata-mata. 

Tambahnya, masyarakat madani, termasuk beberapa mantan duta sendiri turut membantah pelantikan itu, justeru ia sewajarnya diambil berat pihak kerajaan. 

Malah beliau memberitahu, kerajaan sendiri sebelum ini merasakan perlu menamatkan jawatan Ahli Parlimen UMNO berkenaan dalam jawatan utama di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ekoran kemarahan masyarakat terhadap kenyataannya berhubung insiden di negara ini. 

Tambahan pula kata beliau, UMNO juga dilihat tidak selesa untuk memastikan Tajuddin terus berada dalam kepimpinan tertinggi parti. 

“Berdasarkan semua alasan di atas, saya yakin isunya di sini bukan melibatkan isu mempertikaikan kuasa perkenan Agong. 

“Sebaliknya, isu bagaimanakah Perdana Menteri dan Kabinetnya, boleh lari dari tindakan yang tidak begitu peka mengenai betapa perlunya mereka menjaga serta memelihara nama baik dan integriti Agong. 

“Mengapa harus mengheret nama baik institusi Agong akibat kelemahan dan ketidakmampuan anda semua?,” soalnya. - Getaran, 3 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Cipta Kejutan, Rakyat Teruja Bertemu Agong Di Restoran Nasi Lemak

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Hari Guru Kepada Warga Pendidik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa 22 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 1 jam yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

oleh Wartawan Getaran