web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bahasa ‘Rojak’ Dalam Lagu, Di Radio Mampu ‘Kuburkan’ Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 11:03AM

Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pencipta lagu, penulis lirik dan komposer disaran menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ketika berkarya tanpa mencampur adukkan bahasa lain sebagai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

Pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan, tidak wajar jika golongan penggiat seni itu ketika ini menganggap kombinasi dua bahasa dalam satu lagu adalah relevan, hanya semata-mata mahu membawa produk mereka menembusi pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, tidak salah jika ‘campur aduk’ bahasa Melayu digunakan, namun ia harus dilaksanakan secara seimbang dan komuniti perlu lebih memainkan peranan mereka untuk memperkasakan bahasa Melayu menerusi lagu.

“Sepatutnya liriknya begitu (kena sepenuhnya Bahasa Melayu) tetapi kadang-kadang kita faham juga dimasukkan satu atau dua patah perkataan bahasa Inggeris. Bagaimanapun, perlu ada sebabnya (kenapa dimasukkan) kerana kalau kita tengok lagu P Ramlee pun ada gunakan bahasa lain.

“Bukan tak boleh, namun perlu digunakan hanya sebagai ‘gurauan’, hiburan atau ajukan agar ia lebih dramatik dan akan rasa ‘hidup’, itu kita faham tetapi kita tak mahu perkataan bahasa Inggeris dimasukkan sebagai unsur asas,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan berkenaan lagu Melayu yang tampak semakin mempunyai campuran bahasa lain sejak akhir-akhir ini.

Penghasilan karya dwi-bahasa dalam lagu dendangan juga mencetuskan kerisauan pengkaji linguistik.

Lebih membimbangkan, pencipta lagu terutama dalam kalangan komposer muda semakin cenderung mencampuradukkan bahasa dalam lirik lagu.

Malah, ada lagu yang diberi judul dalam bahasa Inggeris, dicampurkan dengan bahasa Melayu atas hak dan kebebasan berkarya, selain bagi memenuhi permintaan atau pasaran semasa.

Perkembangan situasi itu menyaksikan penggunaan bahasa ‘rojak’ dalam lirik lagu dibimbangi menjadi budaya atau ikutan yang akhirnya, dikhuatiri mencerminkan rasa kurang yakin artis tempatan terhadap penggunaan bahasa Melayu secara menyeluruh.

Mengulas perkara berbeza, Kok Seong menegaskan penggunaan bahasa kebangsaan atau lebih dikenali bahasa rojak oleh penyampai radio tempatan yang mengemudikan slot bahasa Melayu, dilihat masih belum mencapai tahap profesional.

Ilmuan Negara itu berpendapat, penyampai radio perlu melatih diri menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, sekali gus dapat mengelak daripada menggunakan campuran dengan bahasa Inggeris ketika ke udara.

“Penyampai radio mahupun pengamal media perlu menjadi contoh sebaik mungkin untuk elak daripada bercakap bahasa Melayu yang dicampur aduk dengan bahasa Inggeris, namun kita faham bercakap spontan itu mungkin sukar untuk memastikan ia tidak bercampur.

“Kalau boleh demi jaga ‘jati diri’ bahasa Melayu, biasakan untuk kurangkan atau tidak bercakap langsung bahasa campur yang saya yakin, lama-lama akan jadi kebiasaan. Namun, kalau asyik cakap bahasa rojak tak mahu berubah, ia tetap sukar dibiasakan seperti bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’.

“Kalau lagu dimainkan sepenuhnya berbahasa Inggeris atau bahasa lain di stesen radio Melayu, itu tidak mengapa. Tapi penyampai radio perlu menggunakan perkataan bahasa kebangsaan dengan baik serta betul ketika berkomunikasi di konti agar ia mampu dijadikan amalan secara semula jadi sekiranya sering dilatih,” katanya. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin ASEAN dengan menggunakan Bahasa Melayu dan mahu ia disasarkan untuk dijadikan sebagai bahasa kedua ASEAN. - Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Rencana 4 bulan yang lalu

Pencabulan Bahasa Dalam Iklan Jadi Norma Yang Sukar Dibetulkan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Selesai Rakam Keterangan Teo

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah