web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluarga Mangsa Tak Setuju Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan – Protect Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2022 8:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pemansuhan hukuman mati mandatori dianggap tidak memberi keadilan kepada mangsa dan keluarga, yang pastinya mengharapkan pelaku menerima balasan setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Peguam Jenayah Protect Malaysia, Christina Teng berkata, kerajaan dengan mengambil kira faktor ini, perlu menimbangkan sebaiknya keputusan berkenaan agar adil buat semua pihak.

Katanya, keluarga mangsa bunuh seperti Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, mendiang Datuk Kevin Morais dan Wong Jing Kui turut kecewa dengan keputusan berkenaan.

Jelas Christina, tidak wajar sekiranya pesalah kes bunuh dibebaskan walaupun telah menjalani hukuman penjara, malah

keluarga mangsa juga akan hidup dalam ketakutan kerana pelaku masih hidup dan mampu melakukan semula jenayah itu sekiranya dibebaskan nanti.

“Jika ia dimansuhkan, perbelanjaan menjaga banduan di penjara juga akan bertambah. Kadar jenayah pula akan meningkat apabila pelaku semakin berani kerana hukuman mati sudah tiada dan hanya berdepan hukuman penjara.

“Lagipun, jika sesuatu pembunuhan berlaku terhadap ahli keluarga kita, mahukah kita melihat pelaku (suspek) hanya dijatuhkan hukuman penjara dan tidak kepada hukuman mati?” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, 

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dan Presiden Pembela Ummah, Mohd Zai Mustafa.

Mengulas lanjut Christina berkata, hukuman mati amat diperlukan di negara ini sebagai pelindung kepada masyarakat daripada jenayah berat seperti pembunuhan, aktiviti keganasan dan dadah.

Lantaran itu, beliau mengharapkan pemansuhan hukuman mati mandatori ini dapat difahami sepenuhnya agar dapat mewujudkan situasi menang-menang kepada pesalah dan mangsa.

“Tindakan kerajaan tidak salah namun rakyat persoalkan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga sudah penat bersuara terhadap ‘broken system’ ini kerana ramai mahukan ia dipertingkatkan.

“Apa yang kita lakukan ialah keadilan untuk mangsa kerana kalau dilihat, kes melibatkan jenayah berat dan ganas seperti membunuh sudah semakin meningkat dan kita tidak mahu mereka ini terlepas daripada hukuman, lalu berpotensi mengulangi kekejaman itu,” katanya. – Getaran, 8 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin

4

Politik 1 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang