web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ya, Memang Ada Kekurangan Ubat Yang Rawat Gejala COVID-19 Di Pasaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Jul 2022 8:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan ada menerima maklumat mengenai kekurangan beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat gejala COVID-19 di pasaran ketika ini.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, ubat yang mengalami kekurangan itu adalah ubat demam dan ubat batuk.

Namun katanya, pihak kementerian tidak pasti sama ada kekurangan parasetamol turut berlaku kerana tiada maklumat diterima.

“Saya tak pasti (parasetamol kurang), cuma ada maklumat kekurangan ubat demam dan ubat batuk di pasaran,” katanya kepada Getaran.

 Datuk Rosol Wahid
Datuk Rosol Wahid

Ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir premis menjual ubat asas merawat gejala COVID-19 itu lebih mahal sehingga dua kali ganda, Rosol berkata, pihaknya tidak menerima aduan berhubung perkara itu.

Jelas beliau, isu membabitkan harga ubat bukan di bawah bidang kuasa atau pengendalian KPDNHEP.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, pihaknya ada menerima maklumat dan aduan mengenai kekurangan ubat terbabit yang dikatakan berlaku sebelum ini.

“Isu kekurangan ubat memang FOMCA ada dengar masa kes tengah tinggi beberapa bulan lalu, tetapi ketika itu pun, hanya jenama parasetamol tertentu yang sukar didapati di pasaran.

“Manakala, ubat jenis parasetamol dengan jenama lain ada sahaja di pasaran, terutama di farmasi,” katanya.

Mohd Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan sememangnya kekurangan stok beberapa jenis ubat, terutama parasetamol kembali berlaku, memandangkan kes jangkitan COVID-19 kini meningkat semula.

“Peningkatan kes COVID-19 ini menyebabkan permintaan terhadap ubat semakin banyak sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan akan wujud situasi pembekal atau penjual menyorokkan ubat bagi menaikkan harga, beliau tidak menolak keadaan itu.

“Bagi FOMCA, pihak pengeluar ubat patut tingkatkan pengeluaran untuk tampung keperluan pengguna sebab ini adalah langkah pencegahan mereka,” katanya.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Getaran semalam melaporkan, awal tahun ini, isu kekurangan bekalan parasetamol di pasaran menjadi topik hangat apabila orang ramai mendakwa ubat yang sering diambil untuk merawat demam, selesema dan sakit kepala itu sukar dicari.

Keadaan itu didakwa berpunca daripada peningkatan kes COVID-19, sebelum isu terbabit sedikit reda beberapa bulan kemudian sehingga Mei lalu, apabila bekalan ubat terbabit kembali senang didapati di premis jualan, sejajar jumlah angka jangkitan virus berkenaan yang semakin berkurangan.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini turut mengakui terdapat peningkatan mendadak permintaan ke atas beberapa jenis ubat, seperti produk dengan bahan aktif parasetamol, vitamin C, ubat batuk dan selesema untuk kanak-kanak.

Namun sejak bulan lalu, timbul kembali dakwaan parasetamol ‘lenyap’ di beberapa premis apabila ia sukar ditemui.

Memasuki Julai yang menyaksikan kes COVID-19 kembali bertambah dan Jangkitan Penyakit Seperti Influenza (ILI) meningkat, rungutan orang ramai mengenai kekurangan parasetamol di pasaran semakin banyak diluahkan.

Tinjauan dilakukan Getaran di beberapa premis di Kuala Lumpur dan Shah Alam, termasuk di kedai runcit, kedai serbaneka serta farmasi utama mendapati dakwaan itu benar apabila parasetamol kehabisan stok. - Getaran, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang