web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Takkan Komen Isu Tajuddin - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jul 2022 10:59PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI KEMBANGAN - Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan menjawab sebarang persoalan berkaitan dakwaan pengguguran Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. 

Katanya, beliau memilih untuk tidak mahu mengulas sebarang spekulasi yang sedang menyelubungi Ahli Parlimen Pasir Salak itu sama ada digugurkan atau berdepan dalam pelantikan sebagai Duta Besar.

"Saya tidak akan komen berkenaan isu tersebut," katanya ringkas ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Wisma Huazong, di sini malam ini.

Saifuddin Abdullah (tengah) ketika menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Wisma Huazong, di sini malam ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim
Saifuddin Abdullah (tengah) ketika menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-48 Hubungan Diplomatik Malaysia-China di Wisma Huazong, di sini malam ini. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kelibat Tajuddin gagal dilihat dalam kalangan penerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan Malaysia ke luar negara yang berlangsung di Istana Negara, petang tadi.

Perkembangan ini seolah-olah membenarkan khabar angin bahawa pelantikan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu sememangnya sudah dibatalkan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada kerajaan berhubung kebenaran laporan berkenaan.

Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia kosong sejak Datuk Zainal Abidin Bakar, yang dilantik pada 21 Mac 2019, bersara pada 4 April 2021.

Tajuddin sebelum ini pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Ismail Sabri ke Indonesia untuk bertemu Presiden Joko Widodo atau Jokowi, November tahun lalu. 

Bulan lepas, Tajuddin mengesahkan beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. - Getaran, 12 Julai 2022.


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan