web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hantar Duta Segera, Selesaikan Isu Pekerja Indonesia, Jika Tidak…

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 8:17PM

Pembekuan sementara penghantaran semua tenaga kerja Indonesia ke Malaysia adalah sangat membimbangkan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu segera ke meja rundingan dengan Indonesia untuk mengoperasikan semula memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan dan perlindungan perkhidmat domestik Indonesia (PDI) ke negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, isu itu bakal memberi impak besar kepada negara, termasuk krisis makanan yang akan meruncing sekiranya ia gagal dimuktamadkan.

“Jika ini berterusan, Malaysia akan menghadapi krisis makanan yang parah, pertumbuhan ekonomi terbantut, sektor eksport malap dan pelabur domestik serta asing meninggalkan Malaysia untuk destinasi pelaburan lebih kompetitif.

“Insiden ini juga menjejaskan hubungan Malaysia-Indonesia. Indonesia bukan sekadar negara tetangga yang sangat akrab. Ia adalah antara kuasa ekonomi terbesar dunia yang strategik kepada kebolehsaingan Malaysia,” katanya hari ini.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bahawa pemulihan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada tenaga kerja asing terutama Indonesia - Gambar Fail
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bahawa pemulihan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada tenaga kerja asing terutama Indonesia - Gambar Fail

Tegas beliau, kegagalan menghormati MoU yang ditandatangani di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia, Joko Widodo adalah satu insiden serius.

“Keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara penghantaran semua tenaga kerja Indonesia ke Malaysia adalah sangat membimbangkan. Ia mempunyai kesan sangat besar ke atas ekonomi negara dan hubungan dua hala.

“Pemulihan ekonomi Malaysia sangat bergantung kepada tenaga kerja asing terutama Indonesia. Hampir semua sektor ekonomi terjejas teruk kerana kekurangan pekerja asing. Ia telah berterusan untuk sekian lama dan sangat mengecewakan,” katanya.

Mohamed Khaled turut meluahkan kebimbangan mengenai tindakan Malaysia yang mula mempunyai kecenderungan untuk tidak menghormati perjanjian dan persefahaman antarabangsa, termasuk mengambil enteng persefahaman dimeterai.

“Begitu juga maklum balas kita bahawa Malaysia mempunyai alternatif lain untuk sumber tenaga kerja. Ia adalah kenyataan yang sangat angkuh.

“Umum mengetahui bahawa kita juga mempunyai masalah membawa masuk pekerja asing dari negara lain seperti Bangladesh,” katanya.

Ujar beliau lagi, tiada jaminan negara sumber lain akan yakin dengan Malaysia susulan isu yang berlaku membabitkan Indonesia dan Bangladesh.

“Tenaga kerja Indonesia penting kerana mempunyai persamaan budaya, agama dan nilai, menjadikan mereka lebih sesuai dan serasi dengan citra masyarakat Malaysia.

“Insiden ini meletakkan hubungan Malaysia-Indonesia pada tahap yang tidak sebaiknya,” katanya.

Pada masa sama, Khaled turut menyarankan agar Malaysia perlu segera menghantar dutanya ke Indonesia.

Katanya, ketiadaan duta ke negara jiran untuk tempoh lama amat tidak munasabah.

Kedudukan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia masih menjadi teka-teki - Gambar Fail
Kedudukan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia masih menjadi teka-teki - Gambar Fail

Mei lalu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia.

Namun, kedudukannya masih lagi menjadi teka-teki kerana tiada pihak memaklumkan sama ada pelantikan tersebut dibatalkan atau sebaliknya, memandangkan namanya tiada dalam senarai lantikan.

Sebaliknya Tajuddin hanya dimaklumkan bahawa majlis penyerahan watikah itu ditangguhkan. -  Getaran, 17 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mainkan Isu Triti Persempadanan Laut Malaysia-Indonesia Untuk Raih Dokongan Politik - Zambry

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Menuju Ke Dekad Digital Emas, Perlukan Lebih Ramai Tenaga Kerja Dan Pakar - Fahmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penembusan Terowong Genting ECRL Dijangka Suku Kedua 2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini