web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Banjir Kupang : DUN Kedah Tolak 2 Usul Pembangkang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Jul 2022 8:11PM

Penoreh getah Abdullah Ahmad, 65, dan isteri Che Lias Ramli, 63, bergambar di hadapan rumah mereka yang terjejas teruk akibat banjir di Baling baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Meskipun kekal menghormati kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Juhari Bulat, kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah tetap merasa 'ralat' kerana dua usul dibawa mereka berkaitan isu banjir serta kepala air di Kupang, Baling, ditolak untuk dibahaskan dalam sidang DUN hari ini.

Dua usul tersebut dibawa oleh  Datuk Dr. Ismail Salleh (PH-Pengkalan Kundor) mengikut Perkara 27(1), (2), (3) dan (4) dan Tan Kok Yew (PH-Derga) di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).

Kedua-dua mereka menegaskan, usul yang dibawa itu menepati tiga kriteria ditetapkan iaitu melibatkan perkara tertentu, perkara yang perlu disegerakan dan melibatkan kepentingan awam.

Menurut Ismail, mereka juga kecewa kerana isu tersebut yang turut melibatkan kematian serta kehilangan harta benda penduduk, dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.

"Sepatutnya kita bincang dalam dewan dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berpeluang untuk menjawab, namun usul tersebut ditolak dari awal. Tetapi di luar sana sejak dari awal lagi, ada pihak tertentu ambil kesempatan menyalahkan bencana ini kepada Pakatan Harapan (PH) dengan menyatakan kononnya kronologi bencana ini bermula pada 2018.

"Saya rasa ini tidak adil kerana bencana begitu yang turut melibatkan kematian digunakan untuk berpolitik. Perkara ini perlu dijelaskan dalam sidang DUN," katanya dalam sidang akhbar selepas berakhir sidang DUN di sini, hari ini.

Terdahulu, kedua-dua usul berkenaan ditolak Juhari setelah beberapa ADUN kerajaan dan pembangkang saling bangun bagi mempertahankan pendirian masing-masing mengenai perlunya usul tersebut dibahaskan.

Menurut Juhari, beliau perlu menolak usul tersebut kerana peraturan menetapkan bahawa sesuatu usul persendirian perlu dibawa dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum DUN mula bersidang.

Jika tidak katanya, usul tersebut masih boleh dibawa ke sidang DUN menerusi Menteri Besar dalam tempoh tujuh hari dan jika usul tersebut terlalu perlu disegerakan (urgent), maka Menteri Besar boleh mengeluarkan usul dalam tempoh cuma sehari.

“Masanya tidak sesuai kerana tindakan membawa usul secara tergesa-gesa seolah-olah tidak adil kepada kerajaan dan speaker,” katanya.

Juhari memberitahu, perkara tersebut akan dibawa ke depan, beserta laporan lengkap dan cadangan berkaitan.

Sementara itu Kok Yew ketika bangkit mempertahankan usul itu agar dibahaskan berkata, pengisian kepada usul yang dibawa untuk dibincangkan itu adalah mengenai punca tragedi, tindakan diambil kerajaan bagi membantu rakyat serta perancangan kerajaan pada masa depan di kawasan lain yang berisiko.

"Adakah kita nak rakyat Kedah ini terkorban nyawanya akibat perkara yang kita tidak tahu punca? Sekurang-kurangnya adalah penjelasan atau keterangan dari kerajaan dalam dewan yang mulia ini.

"Di Parlimen kita ada kertas putih tetapi di sini kita tak ada benda itu. Sekurang-kurangnya, kami minta ruang pada hari ini, berikan penjelasan kerana terlalu banyak dakwaan di luar sana mengenai punca kejadian daripada ladang sejahtera hinggalah ke Musang King," katanya. – Getaran, 18 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah