web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nafikan Hak Pekerja, Masih Ada Majikan Tidak Laksana Gaji Minimum RM1,500

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 9:32PM

Terdapat beberapa syarikat gagal melaksanakan gaji minimum RM1,500 walaupun secara jelas ia wajib diimplikasikan setiap majikan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendedahkan terdapat beberapa syarikat gagal melaksanakan gaji minimum RM1,500 walaupun secara jelas ia wajib diimplikasikan setiap majikan.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pihaknya ketika ini masih menerima aduan daripada pekerja yang mempunyai masalah berkaitan pelaksanaan gaji minimum.

“MTUC ingin memaklumkan bahawa sehingga hari ini, kami masih menerima aduan pekerja yang mempunyai masalah berkaitan pelaksanaan gaji minimum. Masih terdapat beberapa syarikat tidak melakukannya walaupun syarat pelaksanaan adalah jelas. 

“Aduan lain adalah berkenaan elaun tetap pekerja yang diterima setiap bulan dipotong dan dimasukkan di dalam gaji pokok bulanan bagi memenuhi pelaksanaan gaji minimum tersebut, di mana jelas satu pelanggaran hak pekerja berlaku.

“Ia memerlukan tindakan daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM). MTUC juga sudah memaklumkan kepada pekerja yang membuat aduan untuk memuat naik aplikasi digital diperkenalkan KSM, iaitu Working for Workers (WFW),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani - Gambar Fail
Presiden MTUC, Mohd Effendy Abdul Ghani - Gambar Fail

Lantaran itu, Mohd Effendy berkata, pihaknya menyambut baik usaha dilakukan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang bukan sahaja tegas, malah mengambil kira pelbagai faktor dan nasihat kepada majikan untuk memenuhi peraturan ditetapkan demi pelaksanaan gaji minimum.

“MTUC amat bersetuju dan menyokong usaha kerajaan Keluarga Malaysia hari ini yang giat berusaha dalam membangunkan ‘talent pool’ (kumpulan bakat) berkemahiran, produktif serta berpotensi tinggi bagi golongan pekerja di Malaysia,” katanya.

Semalam, M Saravanan menegaskan KSM bukan mahu menghukum majikan yang gagal melaksanakan gaji minimum RM1,500, sebaliknya ingin menyelesaikan masalah itu secara berhemah.

Beliau yang ditemui media pada Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 memaklumkan, pihaknya mengambil kira pelbagai faktor dan memberi nasihat supaya majikan mematuhi peraturan ditetapkan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan - Gambar Fail
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan - Gambar Fail

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada program tersebut meluahkan kekecewaan kerana segelintir majikan didapati menawarkan gaji tidak setimpal dengan kelayakan dan skop kerja perlu dilakukan rakyat tempatan.

Menurutnya, kerajaan sedang giat membangunkan ‘talent pool’ berkemahiran, produktif dan berpotensi tinggi, namun terdapat majikan masih menawarkan pendapatan di bawah paras gaji minimum.

Dalam pada itu, Mohd Effendy berkata, pihaknya senada dengan Perdana Menteri dan menzahirkan penghargaan atas kenyataan Ismail Sabri dengan meminta majikan mengambil serius terhadap isu tersebut.

Jelasnya, ini kerana pekerja adalah tunjang utama dalam organisasi yang boleh ‘make or break’ (membangunkan atau menjatuhkan) sesuatu perniagaan.

“MTUC berharap usaha dan sokongan terus daripada pihak KSM mahupun kerajaan Keluarga Malaysia dalam memartabatkan golongan pekerja di Malaysia akan sentiasa berterusan. 

“Kita (MTUC) yakin dan optimis bahawa melalui perbincangan harmoni secara konsisten di dalam platform tripartite Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC), ia boleh dimanfaatkan untuk melaksanakan konsultasi tiga penjuru, bagi mencapai kata sepakat demi kesejahteraan semua Keluarga Malaysia,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'