web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gagal Kemuka Borang LHDN, Seorang Lagi Ahli ‘Geng Nicky’ Didenda

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 9:41PM

Kesalahan gagal mengemukakan borang nyata cukai tidak patut dipandang rendah dan menjadi tanggungjawab setiap warganegara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang individu disyaki bekas ahli kumpulan jenayah terancang dikenali Geng Nicky, didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Lee Kam Onn didakwa gagal mengemukakan borang untuk tahun taksiran 2017 sehingga 2018 mengikut tempoh ditetapkan Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid mengenakan denda itu terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan.

Menurut fakta kes diterima Getaran sebentar tadi, mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan untuk setiap pertuduhan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun, Kam Onn membayar kesemua denda.

Tertuduh diwakili Datuk Rajpal Singh dan Tiew Poh Nee, manakala kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Nur Ainaa Ridzwan serta Adip Sabir Abdullah

Terdahulu, Nur Ainaa memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal agar mampu memberi pengajaran kepada orang ramai dan tertuduh sendiri.

Menurutnya, ia supaya kesalahan gagal mengemukakan borang nyata cukai tidak dipandang rendah yang menjadi tanggungjawab setiap warganegara.

“OKS (Orang Kena Saman) cuai untuk mengemukakan borang nyata cukai selama dua tahun, iaitu tahun taksiran 2018 hingga tahun taksiran 2019 walaupun notifikasi diberikan LHDN pada setiap tahun untuk pengemukaan borang nyata cukai. 

“Hal ini menunjukkan sikap OKS yang daripada awal tidak mengambil berat mengenai tanggungjawabnya untuk mengemukakan borang nyata cukai,” katanya.

Bagaimanapun, Rajpal menerusi hujahnya memaklumkan, Kam Onn gagal menghantarnya kerana tidak mengetahui borang cukai pendapatannya tidak dikemukan syarikat pada 2017, manakala tidak mempunyai pendapatan pada 2018.

“OKS berpendapat tiada keperluan untuk mengemukakan borang nyata apabila tiada pendapatan dan OKS insaf mahupun menyesal atas perbuatan serta berjanji akan mengemukakan borang nyata cukai selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, seorang individu, Lee Han Keat yang juga bekas ahli ‘Geng Nicky’ didenda RM4,000 di mahkamah selepas mengaku salah kerana gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan kepada LHDN.

7 Julai lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya melepaskan Han Keat, Kam Onn dan 12 individu, termasuk dua adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang dikenali ‘Geng Nicky’. 

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara membebaskan mereka selepas peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili 13 individu berkenaan memaklumkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi semua perayu supaya dibebas sepenuhnya daripada pertuduhan berkenaan. 

Hakim Datuk Abd Halim Aman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon agar semua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan kerana pendakwaan berhasrat meneruskan pertuduhan terhadap semua tertuduh pada masa akan datang. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan