web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Dana Kecemasan Bagi Projek Tebatan Banjir Di Tawau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jul 2022 12:40PM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan bagi kerajaan memperuntukkan dana kecemasan bagi menyelesaikan empat pakej projek tebatan banjir di Tawau demi menyelesaikan isu bencana alam tersebut.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana peruntukan bagi menyiapkan projek tersebut sudah tersenarai dalam pelan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Bagaimanapun, beliau mengakui pakej pertama bagi projek tersebut yang dijadualkan siap pada April 2022, terpaksa ditangguhkan disebabkan isu pemberian tapak rumah setinggan di kawasan terlibat.

“Banjir kilat banyak faktor berlaku bukan hanya melibatkan kementerian kita tetapi juga pelbagai agensi termasuk penyelenggaraan sistem perparitan longkang dan sebagainya.

“Proses memindahkan penduduk mengambil masa melibatkan banyak pihak. Ada 120 lot setinggan dalam pakej tiga dan mengambil masa untuk keluar  serta cari tapak baharu.

“Namun Alhamdulillah, setakat ini kita dah hampir selesaikan. Tinggal 10 lot lagi masih dalam proses yang kita jangka kalau ikut jadual mampu disiapkan pada 28 Januari 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Liew Chin Jin (PKR-Tawau) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Chin Jin menerusi soalan tambahan ingin Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyatakan sekiranya kerajaan boleh mengeluarkan dana kecemasan bagi projek tembatan banjir di Tawau.

Terdahulu, menjawab soalan asal yang menyatakan sekiranya empat pakej projek tebatan banjir Tawau disegerakan, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) komited menyelesaikan isu tersebut dengan segera tanpa mengabaikan soal kualiti pembinaan.

“Kerajaan telah meluluskan dana melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama terbahagi kepada dua pakej melibatkan peruntukan RM50 juta dan dijangka siap pada 2024.

“Bagi fasa kedua melibatkan dua pakej berjumlah RM150 juta, membabitkan kerja naik taraf sungai Tawau yang kita jangka dapat disiapkan dalam tempoh RMK-12.

“Ini tak termasuk (bagi peruntukan) RMK-13 seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global