web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Jangan Hanya ‘Lulus’ RUU Larangan Lompat Parti, Perbanyakkan Legasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 7:08PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terdapat keperluan untuk pemimpin memulakan langkah dengan mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang diseru bersama melaksanakan reformasi terhadap Akta Pendanaan politik sebelum ‘terdetik’ untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat, bagi memastikan kestabilan politik lebih terjamin.

Ahli Parlimen Muar (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, terdapat keperluan untuk pemimpin memulakan langkah dengan mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, iaitu sepuluh tahun menerusi pindaan Perlembagaan.

Menurut beliau, penggubal dasar juga perlu meneliti secara terperinci bagi memperkasakan sistem pilihan raya agar PRU boleh diadakan lima tahun sekali, supaya kerajaan dipilih mampu melaksanakan mandat rakyat untuk membangunkan dan memajukan negara.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

“Letak juga (pentadbiran) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah mandat Parlimen supaya ia tidak disalahgunakan lagi. Institusikan juga blok pembangkang supaya Ahli Parlimennya dapat peruntukan adil dan saksama dengan kerajaan.

“Sistem politik perlu prihatin terhadap rakyat, di mana walau ada salah seorang pemimpin kejam, jahat dipilih sebagai Perdana Menteri, sistem politik itu kukuh dan kuat agar negara kita berada di landasan betul. 

“Itulah prasyarat Malaysia boleh diangkat sebagai negara maju, bermaruah mahupun berintegriti,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022  di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, RUU tersebut adalah permulaan dalam menghentikan permainan ‘pencatur kuasa’ berkenaan untuk terus bermaharajalela sehingga memberi kesan negatif kepada rakyat.

Jelasnya, ia juga mampu mengembalikan semula kuasa kepada rakyat dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu komited untuk merealisasikannya di negara ini.

“Institusi politik akan menjadi adil dalam proses semak dan imbang serta memastikan kuasa itu terletak di tangan rakyat bukan si pencatur kuasa politik. Kita ini diberi mandat ketika Malaysia berada dalam keadaan sukar. Apabila keluar ke pasar mahupun program, orang politik itu senang sekali maruah tergadai kerana kuasa dan jawatan.

“Inilah masa kita untuk ubah agar rakyat melihat politik itu untuk perubahan buat mereka. Perdana Menteri, saya rayu ini peluang kamu, jangan sekadar memerintah dalam tempoh singkat. Tinggalkan legasi lebih banyak lagi selain Akta Anti Lompat Parti.

“Banyak lagi boleh dilaksanakan supaya Malaysia yang kita idamkan untuk menjadi negara maju serta berintegriti dapat direalisasikan,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'