web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khalid Ibrahim Selamat Dikebumi, Figura Berjasa Untuk Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Aug 2022 4:53PM

Jenazah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibawa ke Makam DiRaja Shah Alam - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jenazah mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, hari ini, selepas disolatkan buat kali kedua di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Upacara tersebut dihadiri ahli keluarga dan beberapa tetamu kenamaan termasuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan berangkat bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama isteri Allahyarham, Salbiah Tunut - Gambar oleh Sairien Nafis
Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama isteri Allahyarham, Salbiah Tunut - Gambar oleh Sairien Nafis

Sebaik jenazah Allahyarham selesai dikebumikan sekitar jam 2.40 petang, bacaan talkin disampaikan oleh Imam Besar Muhammad Farhan Wijaya.

Usai talkin dibacakan, isteri Allahyarham, Puan Sri Salbiah Tunut sambil diiringi keluarganya menyiram air mawar di atas pusara.

Isteri Allahyarham, Salbiah Tunut menyiram air mawar dipusara suaminya - Gambar oleh Sairien Nafis
Isteri Allahyarham, Salbiah Tunut menyiram air mawar dipusara suaminya - Gambar oleh Sairien Nafis

Allahyarham yang pernah berkhidmat sebagai penasihat kewangan sebuah syarikat di London itu adalah antara individu yang terpilih untuk disemadikan di Makam Diraja, susulan sumbangan besar kepada kerajaan Selangor.

Selain Khalid, individu kenamaan yang turut dikebumikan di makam berkenaan adalah tokoh agama, Tan Sri Hassan Azhari; tokoh pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub; mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom.  

Sultan Sharafuddin Idris Shah menyiram air mawar di pusara Allahyarham - Gambar oleh Sairien Nafis
Sultan Sharafuddin Idris Shah menyiram air mawar di pusara Allahyarham - Gambar oleh Sairien Nafis

Ketika hayatnya, Allahyarham adalah antara tiga tulang belakang yang menggerakkan Serangan Subuh Guthrie (Guthrie Dawn Raid) pada 7 September 1981.

Peristiwa yang memahatkan nama Malaysia dalam lipatan sejarah dunia itu melibatkan pengambilalihan Guthrie Corporation daripada British menerusi ‘serangan’ terhadap Bursa Saham London.

Khalid yang sememangnya memiliki kepakaran dari aspek kewangan dimasukkan dalam rancangan tersebut yang disusun rapi oleh Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Gabenor Bank Negara yang juga Pengerusi PNB ketika itu, Tun Ismail Ali.

Pengalamannya sebagai penasihat kewangan di London nyata amat membantu usaha pasukan tersebut untuk mengembalikan segala hasil perladangan Guthrie Corporation kepada rakyat Malaysia.

Selama enam tahun menerajui Selangor sebagai Menteri Besar bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014, Allahyarham memperkenalkan Dasar Hasil Negeri Untuk Rakyat dengan pelbagai program di bawah agenda ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ membabitkan perbelanjaan lebih RM1.6 bilion untuk inisiatif dan skim bersifat kebajikan.

Dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan pentadbirannya, turut membantu rizab simpanan negeri meningkat kepada RM3.3 bilion setakat September 2014.

Sebahagian simpanan itu kemudiannya digunakan untuk projek pembangunan seperti pembinaan Jambatan Ketiga Klang dan perumahan mampu milik.

Di bawah pentadbirannya juga, Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang 24 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), dan kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul.

Kerajaan negeri di bawah Abdul Khalid juga telah mencapai persetujuan dengan kerajaan Persekutuan dan empat syarikat konsesi untuk menstruktur semula perkhidmatan air.

Usaha yang bermula sejak 2008 itu membolehkan semua aset air dikembalikan semula kepada rakyat.

Meskipun tidak lagi menjadi menteri besar, ternyata khidmatnya masih diperlukan apabila Allahyarham dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Terengganu pada 2018 sehingga kini.

Pemimpin kesayangan rakyat Selangor itu meninggal dunia pada 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada injap jantung.

Allahyarham yang merupakan anak jati Jeram, Kuala Selangor, meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu. - Getaran, 1 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tan Sri Khalid Ibrahim Sangat Berjasa Kepada Ekonomi Bumiputera - Anwar Ibrahim

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Fizikal Terkini Mantan Menteri Besar Selangor Cetus Tanda Tanya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global