web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM, BNM Jangan 'Tutup Mata' Mangsa Penipuan Pencarum TH

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Aug 2022 6:15PM

Ahmad (kiri) bersama Lee Chean Chung pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini. Ahmad menjadi mangsa penipuan dengan kerugian dialami lebih RM98,900. - Gambar dari Facebook Lee Chean Chung

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang mahasiswa yang kerugian lebih RM98,900 selepas menjadi mangsa penipuan pencarum Tabung Haji (TH) kecewa dengan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bank Negara Malaysia (BNM) walaupun laporan telah dilakukan 25 Julai lalu.

Lebih mengecewakan, pemuda itu yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, beliau menerima makluman daripada polis bahawa bank hanya mendedahkan butir-butir penerima akaun scammer selepas tempoh dua bulan, sekali gus menyukarkan pihak berkuasa melakukan tindakan segera.

Pemuda yang berusia lingkungan 20-an itu turut mempersoalkan bagaimana sindiket terbabit mampu melakukan semua transaksi tanpa menerima nombor TAC atau OTP.

“Saya tidak menerima apa apa OTP atau TAC sepanjang pemindahan wang. Sekiranya nombor telefon perbankan saya ditukar oleh scammer, bagaimana ia dapat dilakukan tanpa bank menghubungi saya melalui panggilan telefon atau menghantar OTP terlebih dahulu. 

“Ramai mangsa telah mengalami cara yang sama. Apa tindakan dari bank atau TH terhadap jenayah ini yang sangat memberi kesan mendalam kepada mereka yang sudah terkena,” katanya kepada media ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung.

Ahmad turut mempersoalkan, bagaimana sindiket terbabit sewenangnya boleh mengaktifkan dan menyambungkan akaun TH miliknya ke bank atau pihak ketiga tanpa pengesahan daripadanya.

“Bagaimana pemindahan akaun ke pihak ketiga boleh dibuat semudahnya. Pihak sindiket juga telah pindahkan wang TH saya ke akaun Bank Islam sedangkan saya tidak pernahkan sambungkan bank tersebut dengan TH.

“Sekiranya nombor telefon perbankan saya telah ditukar oleh scammer, bagaimana begitu mudah ia ditukarkan pihak bank atau TH tanpa menghubungi saya untuk mengesahkannya secara talian atau TAC/OTP. Mengapa pengeluaran TH serta Bank Islam meragukan tidak dapat dikesan dalam sistem kewangan mereka,” katanya.

Terdahulu, Ahmad memaklumkan beliau menerima panggilan daripada pihak tidak dikenali pada 19 Julai lalu yang memberi amaran, dirinya tidak membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui satu syarikat yang didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat (SSM) Terengganu.

Katanya, panggilan tersebut kemudian didakwa disambungkan ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu dan dia dimaklumkan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi yang boleh menyebabkan dirinya dipenjarakan.

“Saya disiasat selama tiga jam. Untuk membuktikan saya tidak bersalah, polis meminta segala wang saya diaudit oleh BNM. Saya diminta membuat Inventori Kewangan dan melaporkan kepada polis semua akaun bank dan dana termasuk ASB. TH dan FD.

“Saya juga diminta membeli telefon android baharu dan memuat turun aplikasi BNM untuk tujuan audit,” katanya.

Jelas Ahmad, dia diminta mengisi semua maklumat bank akaun (tidak termasuk ASB dan TH) pada borang yang disediakan dalam aplikasi tersebut.

“Setelah beberapa hari tidak mendapat maklum balas daripada polis (scammer), saya periksa akaun TH dan dapati wang simpanan saya berjumlah RM98,9000 telah dikeluarkan,” katanya. - Getaran, 3 Ogos 2022




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'