web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Biadab Di KLIA, KPPA Didesak Mohon Maaf Secara Terbuka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Aug 2022 10:32PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) didesak agar memohon maaf secara terbuka atas kekasaran yang didakwa dilakukan ke atas seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pagi tadi.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Khairil Niza Khairuddin berkata, mereka amat terkilan dengan insiden berkenaan yang nyata memberi nama buruk kepada sektor perkhidmatan awam negara.

Menurut beliau, KPPA selaku teraju utama sektor terbabit tidak seharusnya bertindak di luar batas, termasuk dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai yang sedang bertugas.

“Kami yang mewakili 14,000 pegawai JIM seluruh negara amat terkilan dan kecewa dengan tingkah laku ditunjukkan penyandang tertinggi portfolio perkhidmatan awam ini, hanya kerana perkara kecil yang boleh diselesaikan secara baik.

“Hanya kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau bertindak di luar batas dan tidak profesional,” katanya hari ini.

Khairil Niza mendakwa, insiden selama sejam bermula 8.40 pagi di Balai Berlepas KLIA itu menyaksikan Ketua Operasi Imigresen lapangan terbang berkenaan telah ditengking dan diherdik di hadapan khalayak ramai.

Perbuatan tersebut jelas beliau, mencerminkan kebiadaban KPPA yang tidak menghormati entiti perkhidmatan awam.

“Sememangnya pegawai Imigresen tidak ditempatkan di kaunter bilik VIP secara 24 jam kerana keperluan bertugas di kaunter biasa lebih mendesak, berbanding kaunter bilik VIP yang hanya akan dibuka apabila ada keperluan dan mendapat pemakluman awal.

“Tindakan yang tidak profesional oleh seorang pegawai tertinggi kerajaan ini dan kata-kata dilepaskan dalam nada menengking di hadapan orang ramai serta kakitangan Imigresen lain yang sedang bertugas merupakan satu sikap biadab,” tegasnya.

Jelas beliau, pegawai Imigresen lain yang berada di tempat kejadian turut merasa terhina atas tindakan KPPA, malah sikapnya yang menuntut layanan VVIP juga membuktikan betapa beliau amat mementingkan diri.

“Beliau tidak cakna dengan kesusahan rakyat dan orang awam lain yang sabar beratur menunggu giliran dalam melepasi pemeriksaan di kaunter biasa lain.

“Beliau tidak dapat mencontohi kepimpinan seperti mana KPPA sebelumnya dan tidak layak menjawat jawatan tersebut,” katanya, berang.

Tegas Khairil Nizam, tindakan harus diambil ke atas mana-mana penjawat awam yang bersikap sombong dan angkuh seperti ini, bagi memastikan ia tidak berulang pada masa hadapan.

“Seharusnya seorang pegawai tertinggi perkhidmatan awam perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada penjawat awam yang lain serta kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Penguasa Imigresen Malaysia (PPImM), Supiani Sibin berkata, persatuan itu sentiasa menyokong pengurusan JIM di bawah pimpinan Ketua Pengarah, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

“Meskipun, pelbagai dugaan dan cabaran ditempuh dalam menjalankan tugas dalam menjaga keselamatan negara, PPImM percaya semua amanah ini dipikul selaras dengan 12 prinsip dalam Tonggak 12.

“Insiden yang melibatkan pegawai kanan di JIM yang bertugas di Pejabat Imigresen KLIA semalam tidak akan melemahkan semangat semua pegawai dan kakitangan JIM, malah kami akan sentiasa melaksanakan tugas kerana keselamatan adalah tanggungjawab bersama,” katanya. - Getaran, 3 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang