web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hadi Minnallah Tak Aktif Di Kedah, JHEAIK Teruskan Pemantauan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 6:59AM

Kumpulan Hadi Minnallah yang dikhuatiri menyebarkan fahaman menyimpang daripada ajaran sebenar Islam seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini disahkan sebagai tidak aktif di Kedah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kumpulan Hadi Minnallah yang dikhuatiri menyebarkan fahaman menyimpang daripada ajaran sebenar Islam seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini disahkan sebagai tidak aktif di Kedah.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata, kumpulan itu sebaliknya datang dari luar Kedah ke Langkawi bagi berhimpun serta mengadakan majlis sesama mereka.

Menurut beliau, pemantauan pihaknya mendapati majlis tersebut turut dihadiri individu dari beberapa negara jiran.

"Mereka ini tidak aktif di Kedah, sebaliknya datang ke pulau peranginan itu bagi mengadakan perhimpunan bersama. Ada juga di kalangan mereka yang hadir itu datang dari Indonesia dan Singapura.

"Pemantauan sentiasa dijalankan dan setakat ini di Kedah, tiada mana-mana pihak didapati terlibat dengan kumpulan itu. Bagaimanapun, pemantauan akan diteruskan dengan melibatkan pihak polis," katanya kepada Getaran.

Terdahulu, satu klip video yang tular di media sosial memaparkan ‘guru’ ajaran itu bebas bersalam dan menyentuh wanita yang juga pengikutnya.

Selain itu, dalam klip video berasingan, seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minnallah Aminnullah Ahmad dan berasal dari Indonesia.

Lelaki itu mengaku tiada agama dan menyebarkan fahaman makrifat sesat, Nur Muhammad serta pluralisme agama.

Dia juga mendakwa Tuhan tidak melihat kepada agama, selain turut menolak hadis.

Difahamkan kegiatan kumpulan terbabit kini dikesan aktif di ibu negara dan beberapa negeri di Malaysia.

Justeru, Mohd Yusri turut menasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dengan sebarang pertubuhan mencurigakan.

"Janganlah kita terpengaruh dengan pertubuhan yang kita tidak tahu asal-usulnya.

“Kalau ada keraguan mengenai ajaran tertentu, bolehlah rujuk kepada JHEAIK kerana kami memiliki pakar yang boleh memberikan penjelasan," katanya. - Getaran, 6 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini