web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


6 ‘Mak Nyah’ Ditahan Kerana…

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 2:11PM

Enam lelaki berpakaian perempuan disyaki ‘mak nyah’ ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti maksiat di sekitar Pandan Indah, Ampang, malam tadi - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Enam lelaki berpakaian perempuan disyaki ‘mak nyah’ ditahan selepas dipercayai menjalankan aktiviti maksiat di sekitar Pandan Indah, Ampang, malam tadi.

Semua suspek ditahan dalam operasi bersepadu dilancarkan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sekitar jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lima daripada individu ditahan beragama Islam dan diserahkan kepada JAIS untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, katanya, seorang individu yang bukan Islam disiasat pihaknya.

“Hasil ujian saringan air kencing juga dijalankan terhadap kesemua individu ditahan dan keputusannya mendapati, seorang individu disahkan positif dadah jenis ‘AMP’ serta methamphetamine,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, lima individu beragama Islam yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 30 Enakmen 9, Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian IV Kesalahan Berhubungan Dengan Kesusilaan.

“Individu disahkan positif dadah pula akan disiasat mengikut Sekyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya, manakala seorang individu bukan Islam disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi sama, pihaknya dengan bantuan MPAJ merobohkan bahagian dinding yang dijadikan bilik sewa tanpa kebenaran.

“Tindakan tersebut adalah salah mengikut Seksyen 79(3) Akta Parit dan Bangunan 1974 Akta 133,” katanya. - Getaran, 7 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 21 minit yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula