web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Anti Lompat: Kerajaan Menghadap Agong Untuk Perkenan, Laksana Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 6:13PM

RUU Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti diluluskan di Dewan Negara menerusi undian belah bahagian. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menjalankan proses bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara tersebut selaras dengan Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, perintah kuatkuasa tarikh peruntukan tersebut akan dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda untuk ditetapkan mengikut Fasal 1 RUU terbabit. 

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

“Setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat pemakluman melalui surat kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri semua negeri mengenai pindaan terhadap Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

“Ini membolehkan semua Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Perlembagaan Negeri masing-masing dengan memasukkan peruntukan larangan bertukar parti agar selaras dengan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan seperti diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya hari ini. 

 Wan Junaidi memberitahu, proses terbabit dilaksanakan bagi menyeragamkan undang-undang Persekutuan di bawah Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan. 

“Kerajaan Persekutuan berharap semua negeri menerima pakai cadangan peruntukan ini supaya kestabilan politik dapat dikekalkan dan penyeragaman sistem boleh dicapai di semua peringkat,” katanya.

Sebelum ini beliau dilaporkan berkata, RUU tersebut yang diluluskan Dewan Negara dijangka dapat dikuatkuasakan menjelang pertengahan bulan depan.

Jelasnya, jangkaan itu bersesuaian dengan garis masa yang diperlukan untuk RUU tersebut diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

“Implikasi cadangan untuk mengadakan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau "recall election" perlu dikaji dengan lebih mendalam sebelum ia dapat dijadikan rang undang-undang.

“Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan seperti ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat madani bagi membincangkan cadangan itu yang bertujuan menghalang wakil rakyat daripada melompat parti,” katanya.

Tambah beliau, perkara itu juga perlu diperhalusi memandangkan semua negara yang mengamalkan undang-undang berkenaan menghadapi masalah pelaksanaan tersendiri.

RUU Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti diluluskan di Dewan Negara selepas memperoleh sokongan 52 daripada 60 senator menerusi dua kali undi belah bahagian, iaitu melebihi dua pertiga persetujuan Ahli Dewan Negara. - Getaran, 10 Ogos 2022.


 



 



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global