web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Kes Exco Kedah Dijangka Diserah Ke AGC Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 1:54PM

Kertas siasatan kes penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi Kedah itu dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kertas siasatan berhubung penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi Kedah yang dikatakan memiliki kaitan dengan seorang exco kerajaan negeri disahkan hampir selesai.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, kertas siasatan tersebut dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu depan.

Menurutnya, setakat ini pihaknya sudah merakam keterangan 161 saksi termasuk exco berkenaan.

"Exco terlibat turut dipanggil memberi keterangan pada 18 Julai lalu.

"Setakat ini semuanya hampir selesai. Jika tiada aral, hasil siasatan itu akan diserahkan ke AGC minggu depan," katanya ketika dihubungi Getaran.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM sedang menyiasat kes berkenaan yang didakwa berlaku pada 2020.

Kes itu menarik perhatian banyak pihak, malah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor juga sebelum ini membuat penegasan agar semua pihak membiarkan setiap agensi terutamanya SPRM, untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Shaharom Nizam menambah, tindakan selanjutnya akan diputuskan AGC selepas penelitian terhadap kes tersebut dibuat.

"Sama ada wujud kes atau tidak, perkara itu akan ditentukan oleh AGC selepas ini," katanya. - Getaran, 11 Ogos 2022. 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini