web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Najib Terhadap Mohd Nazlan Perbuatan 'Terkutuk' - Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 12:33PM

Najib Razak (tengah) ketika hadir di mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak dapat membela dirinya sendiri adalah perbuatan terkutuk.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Mohd Nazlan seharusnya disanjung dan menjadi inspirasi kepada anak muda, bahawa negara mampu berjaya dan dihormati tanpa ‘adegan’ rasuah.

“Memfitnah saya dengan pelbagai tuduhan yang direka, itu boleh diterima kerana saya ahli politik.

“(Namun) memfitnah Nazlan, anak Melayu terbilang mewakili jati diri orang Melayu, yang dihormati rakyat pelbagai kaum, adalah perbuatan terkutuk,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Nazlan Mohd Ghazali  - Gambar fail
Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar fail

Terdahulu, Najib telah menarik balik dakwaan rasuah terhadap Mohd Nazlan yang mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Ahli Parlimen Pekan itu bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Bhd.

Najib, 69, menarik balik dakwaan itu melalui afidavit jawapan lanjutan yang difailkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu menerusi Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan, Najib menggunakan sentimen Melayu selepas ‘kantoi’ di mahkamah dengan menggerakkan kempen fitnah terhadap Nazlan.

“Dalam banyak perkara yang berlaku sejak 2018, antara yang saya paling banggakan ialah kehadiran hakim yang bukan saja jujur tetapi cerdik seperti Nazlan.

“Beliau senior saya di MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar) dahulu. (Walaupun 10 tahun lebih senior dari saya), anak pengetua MCKK yang dikenali seorang yang pendiam dan cerdik dari zaman sekolah.

“Beliau diterima dan lulus dari Universiti Oxford, seterusnya mempunyai kerjaya yang cukup baik pada umur yang muda,” katanya.

Rafizi Ramli - Gambar fail
Rafizi Ramli - Gambar fail

Rafizi turut mendoakan agar Allah melindungi semua hakim di negara ini yang bersikap jujur dan adil.

“Sama-sama kita doakan supaya mereka yang jujur dipermudahkan urusan mereka dan kebenaran ditegakkan di negara ini.

“Najib pula, apa lagi yang kamu mahu #SayaPutarJib kali ini di mahkamah tertinggi negara? Alasan apa lagi kamu fikirkan untuk disebarkan cybertrooper kamu?

''Allah telah tetapkan segala-galanya dan InsyaAllah ada hikmah dalam setiap yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Rafizi berkata, mahkamah merupakan platform terbaik buat mantan Presiden UMNO itu membentangkan fakta di mahkamah, bukannya di Facebook.

Tegasnya, ini kerana mahkamah mempunyai peraturan yang mengatur penghujahan mengikut undang-undang, agar mana-mana individu tidak boleh berbohong dan ‘putar alam’ sesuka hati.

“Saya selalu turun naik mahkamah semasa Najib berkuasa dan diteruskan pula semasa Pakatan Harapan (PH) berkuasa serta menang semua kes saya (14 kes semuanya) berdasarkan hujah perundangan mengikut fakta.

“Sebab itu bagi saya, bila ke mahkamah ini kita akan berani jika kita benar. Semua kes saya melibatkan pembongkaran skandal kewangan kerajaan bermula dengan National Feedlot Corporation (NFC), 1MDB, Lembaga Tabung Haji (TH), Majlis Amanah Mara (MARA) dan (Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Malah, Najib dan Rosmah sendiri menarik balik saman mereka berhubung dakwaan dana negara diselewengkan sedang Rosmah bermewah membeli barang kemas mahal,” katanya.

Sekiranya memiliki fakta, Rafizi menegaskan mudah untuk sesuatu kes jenayah itu diselesaikan di mahkamah.

“Keadaan saya tidak sama dengan kes Najib. Saya diheret ke mahkamah oleh kerajaan yang ingin menutup penyelewengan mereka menyebabkan berbilion wang rakyat hangus.

“Satu dunia tahu, siap dengan bukti fizikal seperti kondominium, hartanah di Australia, keterangan pesara tentera yang lewat dibayar pencen mahupun pelaburan TH hancur.

“Kes Najib bersabit pencurian wang pencen rakyat dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan  (KWAP) yang masuk ke akaun banknya, lalu dia berjoli sakan membeli barang kemas mewah, membayar kad kredit dan sebagainya,” katanya.

Dakwa Rafizi lagi, bukti dari segi “money trail” cukup jelas serta tuduhan duit itu datang dari penderma Arab telah dibuktikan di mahkamah hanyalah pembohongan semata-mata.

Lantaran itu, beliau mengakui malu mempunyai mantan pemimpin seperti Najib.

“Kepada anggota UMNO, dia beri arahan menjawab dan membalas setiap pendedahan saya dalam masa tiga jam. Sebab itu akhirnya semua pendedahan saya terbaru tidak dijawab, sebaliknya diputar dengan pelbagai tuduhan kononnya saya raja fitnah supaya rakyat menolak mentah-mentah tanpa berfikir.

“Di mahkamah pula, Najib mencari segala alasan untuk melambatkan kesnya tetapi di Facebook, tangkas dalam tiga jam (membalas dakwaan), tetapi di mahkamah kalau boleh 30 tahun lagi mahu dipanjangkan,” katanya. - Getaran, 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Jasmine Loo Saksi Penting Dalam Perbicaraan Kes 1MDB, Najib - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad