web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ramai Lagi Majikan ‘Bungkus’ Jika Akta Kerja 1955 Dikuatkuasa 1 September

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 7:00AM

Kerajaan digesa pertimbang semula pindaan kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan berkuatkuasa 1 September ini. - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mempertimbang semula pindaan kepada Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan berkuatkuasa 1 September ini.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, Malaysia dijangka berdepan cabaran ekonomi lebih ‘keras’, selepas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diramalkan hanya mencecah lima hingga enam peratus bagi separuh tahun kedua 2022. 

Menurut beliau, majikan harus diberikan masa untuk memperkukuh serta memulihkan perniagaan mereka yang terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung ancaman COVID-19.

“Selepas berkuatkuasa gaji minimum 1 Mei lalu, majikan di seluruh negara terpaksa menanggung anggaran kos gaji tambahan sebanyak RM14 bilion setahun apabila ia dinaikkan kepada RM1,500 sebulan. Masih ada majikan bergelut untuk melaksanakan sepenuhnya gaji minimum baharu. 

“Beberapa majikan dilaporkan tidak dapat mematuhi gaji minimum baharu. Majikan secara amnya berusaha untuk mematuhi keperluan berkanun itu tetapi terdapat situasi mereka terpaksa meletak jawatan kerana tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk berbuat demikian,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Pelaksanaan EA 1955 jelas Syed Hussain, membawa kepada peningkatan kos kerja lebih masa setahun, daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan, sekali gus menyebabkan majikan mengalami kerugian RM80.87 bilion setahun.

Pada masa sama katanya, pengurangan jam kerja daripada 48 kepada 45 jam seminggu mampu mewujudkan kerugian kepada majikan sehingga mencecah RM26.88 bilion setahun.

“Majikan juga akan kehilangan RM2.97 bilion setahun cuti bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari apabila ia dilaksanakan dan RM275 juta setahun sekiranya cuti paterniti tujuh hari berterusan untuk setiap kelahiran dilakukan.

“Secara keseluruhan, ia akan merekodkan kerugian sebanyak RM110.99 bilion setahun dan amatlah mencabar buat majikan untuk menyerap anggaran kos terbabit, khususnya semasa ketidaktentuan pasaran global akibat isu rantaian bekalan yang timbul daripada COVID-19 dan konflik geopolitik di Ukraine,” katanya.

Syed Hussin menarik perhatian, majikan juga akan bergelut dengan aturan kerja fleksibel (FWA), kerana masih tiada garis panduan khusus terhadap perkara itu dikeluarkan pihak berkuasa.

“Pindaan akta itu akan menyebabkan pekerja akan layak mendapat cuti kemasukan hospital penuh selama 60 hari setahun, sebagai tambahan kepada cuti sakit bukan hospital.

“Prosedur baharu bagi permohonan pekerja asing juga menyulitkan menerusi akta terbabit, apabila kelulusan hendaklah terlebih dahulu diperoleh daripada Ketua Pengarah Buruh sebelum mengemukakan permohonan warga asing,” katanya.

Jelasnya, majikan juga berkemungkinan akan diperkenalkan dengan pelbagai kesatuan tempat kerja yang bakal memberi cabaran lain disebabkan prosedur baharu mengenai pengiktirafan kesatuan, dan formula digunakan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan.

“Terlalu banyak perubahan berlaku mempengaruhi perniagaan dalam tempoh yang mencabar. MEF merayu kepada kerajaan agar memberi lebih banyak masa kepada perniagaan untuk beralih kepada keperluan baharu.

“Terdapat keperluan untuk memperlahankan sedikit bagi memberi ruang kepada perniagaan untuk bernafas. MEF menyokong beberapa perubahan tetapi ia adalah mengenai isu masa. Sekarang bukanlah masa sesuai memperkenalkan perubahan yang menambah kos menjalankan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah turut senada dengan perkara itu dan menyifatkan ia perlu ditangguhkan selama dua tahun, disebabkan pindaan akta terbabit memberi impak tinggi kepada kos operasi perniagaan.

"Penguatkuasaan akta itu akan memberi kesan pada peningkatan harga jualan produk dan perkhidmatan, apabila majikan perlu mengambil pekerja atau menyediakan peruntukan gaji atau upah lebih. Ini secara tidak langsung membuatkan rakyat terkesan dan memberi suatu fahaman bahawa walau pelbagai inisiatif diambil kerajaan, ia tak membantu bila kos sara hidup meningkat.

"Pelaksanaan ini harus selari dengan mengkaji semula kadar yang boleh memberi penjimatan pada sesuatu kos operasi perniagaan dan industri. Contohnya menaikkan nilai ambang cukai perkhidmatan atau cukai jualan bagi sesuatu industri serta penjimatan yang diterima oleh majikan boleh diguna pakai bagi menampung peruntukan gaji atau upah sesuatu perniagaan," katanya.

Pada masa sama, beliau berpandangan agar kerajaan membuat sesuatu keputusan pindaan atau penguatkuasaan terhadap Akta Kerja 1955 yang lebih praktikal mengikut industri, serta menyelesaikan terlebih dahulu masalah kekurangan pekerja dalam sektor terkesan akibat COVID-19.

Menurut Abdul Malik, terdapat keperluan untuk kerajaan melakukan perbincangan bersama pemain industri sebelum melaksanakan sebarang undang-undang atau peraturan demi memastikan tiada sebarang salah faham wujud antara pekerja dan majikan.

“Kerajaan perlu mengambil kira masalah sedang dihadapi majikan atau pengusaha perniagaan terutama perniagaan mikro, di samping pastikan suatu tempoh bertenang tidak kurang dua tahun dari tarikh penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) dilaksanakan.

“Kerajaan perlu mengurangkan isu sumber manusia yang akan meningkatkan akibat daripada ketidakfahaman atau kekhilafan terhadap pindaan itu, serta memperketatkan had dan peruntukan akta tidak terpakai untuk semua pekerja dengan gaji melebihi RM3,000, menerusi pindaan jadual pertamanya melalui perintah menteri," katanya. - Getaran, 18 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Majikan Sedia Laksana Dasar Gaji Progresif Tetapi Perlu Ditambah Baik - MEF

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pekerja Kedai Telefon Bimbit Didakwa Bunuh Majikan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan