web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket 'Ayam Afrika' Di Cyberjaya Tumpas, 10 Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 5:45PM

Antara wanita warga asing yang ditahan dalam operasi JIM di sebuah kondominium semalam. - Gambar ihsan JIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya melumpuhkan sarang sindiket pelacuran membabitkan wanita Afrika yang beroperasi di sebuah kondominium di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi yang dilaksanakan pihaknya pada jam 4 petang itu berjaya menahan 10 wanita, masing-masing tujuh dari Tanzania dan tiga lagi rakyat Uganda yang disyaki terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

9 suspek memasuki Malaysia sebagai pelancong asing, manakala seorang lagi masuk sebagai pelajar antarabangsa.
9 suspek memasuki Malaysia sebagai pelancong asing, manakala seorang lagi masuk sebagai pelajar antarabangsa.

Menurut beliau, dua daripada wanita berkenaan disahkan berperanan sebagai ‘Mummy’ iaitu orang tengah aktiviti haram tersebut.

“Kesemua mereka berumur antara 23 hingga 37 tahun. Kejayaan operasi ini merupakan hasil daripada tindakan pantas JIM untuk mengatur operasi serbuan setelah mendapat maklumat daripada orang awam pada hari yang sama.

“Sindiket ini menyasarkan pelanggan daripada kalangan pelajar antarabangsa dan lelaki Afrika terutamanya dari Nigeria, dengan kadar bayaran RM200 hingga RM500 sekali langganan,” katanya hari ini.

JIM turut merampas beberapa pasport dalam operasi berkenaan.
JIM turut merampas beberapa pasport dalam operasi berkenaan.

Khairul Dzaimee berkata, siasatan awal mendapati sembilan daripada suspek telah masuk ke Malaysia secara sah sebagai pelancong asing, manakala seorang lagi masuk sebagai pelajar antarabangsa di sebuah Pusat Bahasa dekat Kuala Lumpur.

Jelasnya, pasukan operasi turut merampas sembilan pasport antarabangsa, 13 telefon bimbit, satu kad akses, satu kad pelajar, empat set kondom dan sembilan buku nota yang merekodkan bukti langganan seks. 

“Kesemua tahanan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya untuk siasatan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Jabatan ini tidak menolak adanya sindiket pelacuran warganegara asing terutama dalam kalangan pelancong dan pelajar antarabangsa dari benua Afrika,” katanya.

Susulan daripada operasi terbabit, Khairul berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan dalang sebenar di sebalik aktiviti pelacuran serta rangkaian sindiket ini. 

“Orang ramai dipohon untuk terus bekerjasama dan menyalurkan aduan berkaitan aktiviti warga asing yang tidak bermoral dan melanggar undang-undang negara agar tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan,” katanya. - Getaran, 18 Ogos 2022.










 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'