web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akta Kerja 1955 Harus Diteliti, Tangguhkan Sehingga 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) tidak bersetuju dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang bakal berkuat kuasa 1 September dan menggesa agar ia ditangguhkan selama setahun demi memberi peluang kepada industri berkenaan berkembang semula.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, ini disebabkan majoriti majikan, khususnya pengilang mengalami kerugian teruk disebabkan pandemik COVID-19, sehingga memaksa komuniti itu menutup perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan.

Bagaimanapun menurut beliau, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) itu walaupun tidak akan membawa kepada penutup perniagaan namun terdapat keperluan untuk ia diperkemas berdasarkan amalan Perhubungan Pekerja Global.

“Tidak dapat dinafikan bahawa beberapa pindaan dalam akta itu seperti pengurangan waktu bekerja akan membawa cabaran, terutamanya dari segi kos bagi syarikat yang beroperasi sepanjang masa.

“Dalam tempoh terbabit, banyak syarikat akan menghadapi permasalahan tunggakan pesanan mereka dan masih menghadapi kekurangan buruh. Ini membuktikan syarikat perlu meningkatkan kerja lebih masa demi memenuhi tarikh akhir pesanan pelanggan mereka,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Terdahulu, Getaran melaporkan Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman sebagai berkata, Malaysia dijangka berdepan cabaran ekonomi lebih ‘keras’, selepas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diramalkan hanya mencecah lima hingga enam peratus bagi separuh tahun kedua 2022.

Menurut beliau, majikan harus diberikan masa untuk memperkukuh serta memulihkan perniagaan mereka yang terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung ancaman COVID-19.

Pada masa sama, Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA), Datuk Abdul Malik Abdullah berpandangan, kerajaan perlu membuat sesuatu keputusan pindaan atau penguatkuasaan terhadap Akta Kerja 1955 yang lebih praktikal mengikut industri, serta menyelesaikan terlebih dahulu masalah kekurangan pekerja dalam sektor terkesan akibat COVID-19.

Menurut Abdul Malik, terdapat keperluan untuk kerajaan melakukan perbincangan bersama pemain industri sebelum melaksanakan sebarang undang-undang atau peraturan, demi memastikan tiada sebarang salah faham wujud antara pekerja dan majikan.

Dalam pada itu, Thian Lai berkata, peningkatan kos kerja lebih masa setahun, daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan akan menyebabkan lebih ramai pekerja secara berkanun berhak menerima bayaran lebih masa terhadap kerja dilakukan ketika waktu rehat atau cuti umum.

Menurut beliau, perkara tersebut memberi kerugian yang besar kepada majikan, khususnya pengilang di negara ini.

“Di samping itu, pindaan akta terbabit akan memperluaskan faedah seperti cuti tahunan, cuti sakit, masa pembayaran gaji terhadap mereka yang telah memeterai kontrak perkhidmatan atau pekerjaan, dan kini terpakai secara menyeluruh kepada pekerja tanpa mengira pangkat, gaji serta pekerjaan.

“Pindaan lain menerusi akta tersebut juga akan meningkatkan kos majikan adalah tempoh bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari, pengenalan cuti paterniti 7 hari serta kenaikan penalti am sekiranya melakukan kesalahan,” katanya.

Thian Lai mengharapkan agar kerajaan meneliti perkara itu dengan serius, disebabkan Malaysia merupakan hab kepada organisasi multinasional yang dikehendaki sama ada melalui perjanjian perdagangan atau pelanggan, dengan mematuhi standard buruh secara lebih berkualiti.

“Pindaan kepada Akta Kerja 1955 tidak akan membawa kepada penutupan perniagaan kerana FMM tidak menganggap semua undang-undang yang dipinda khususnya terhadap buruh adalah tidak baik untuk industri atau ekonomi.

“Sebagai contoh, ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 1.9 peratus menjelang 2030,” katanya.

Namun, tambahnya, Malaysia memerlukan undang-undang buruh selaras dengan piawaian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). - Getaran, 19 Ogos 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kesan Tikaman Pada Badan, Kepala, Buruh Ladang Dipercayai Dibunuh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan