web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CEO Rugi RM50,000 Telefon Bimbit Digodam, Masih Tunggu Respon BNM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 6:22PM

Mangsa kerugian sebanyak RM50,000 selepas kad bank dan kad kredit miliknya disyaki digodam pihak tidak bertanggungjawab sejak hujung bulan lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat tenaga kerugian sebanyak RM50,000 selepas kad bank dan kad kredit miliknya disyaki digodam pihak tidak bertanggungjawab sejak hujung bulan lalu.

Lebih malang apabila laporan dibuatnya kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat perbankan terbabit hanyalah sia-sia selepas tidak mendapat sebarang respon sehingga ke hari ini.

Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau langsung tidak menyedari berlakunya sebarang transaksi membabitkan kad debit dan kredit miliknya sehingga semakan atas talian dibuat, sebelum mendapati terdapat pengeluaran sebanyak RM3,000 dari akaun tetap bank terbabit.

Curiga dengan pengeluaran tersebut, beliau membuat semakan terhadap tiga lagi akaun bank miliknya dan mendapati, terdapat pengeluaran untuk membuat pembayaran pembelian dalam talian yang tidak sah.

Menurut mangsa, dia tidak pernah melakukan sebarang transaksi tersebut.

“Berdasarkan semakan, terdapat dua pengeluaran berjumlah RM3,000; satu pengeluaran RM19,350 (1); RM14,000 (1) dan RM11,000 (1) membabitkan empat syarikat perbankan berbeza.

“Apa yang membingungkan adalah saya langsung tidak menerima sebarang OTP (kata laluan guna sekali) daripada bank terbabit sepanjang transaksi tidak sah tersebut dilakukan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Berbeza dengan transaksi dilakukannya secara sah jelas mangsa, nombor OTP akan diterima dalam tempoh beberapa saat sedangkan ia tidak berlaku pada kesemua transaksi ‘haram’ tersebut.

“Apa yang pelik adalah apabila saya membuat transaksi secara sah, tak sampai seminit mesej OTP diterima, namun tiada langsung OTP diterima untuk lima transaksi tersebut,” katanya.

Beliau juga mendakwa, cubaannya untuk menghentikan sebarang transaksi dengan menghubungi pihak bank tidak berjaya kerana dimaklumkan masih terdapat urusniaga yang sedang menunggu pemotongan bayaran.

 “Semua kes sudah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), BNM dan syarikat perbankan terbabit namun sehingga kini saya masih belum mendapat sebarang perkembangan berkaitan siasatan mereka,” katanya.

Jelas mangsa lagi, semakan melalui transaksi yang dibuat terhadap penyata bank mendapati wang itu digunakan di beberapa platform pembelian atas talian termasuk Lazada dan Shopee.

“Selain itu, terdapat juga transaksi digunakan untuk membuat pembayaran kepada syarikat permainan atas talian seperti Google Supercell, SeaGames dan beberapa lain,” katanya.

Dalam nada kecewa, mangsa juga mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada perkembangan terkini berhubung siasatan dalam kes yang menimpa dirinya, malah lebih mendukacitakan adalah syarikat perbankan terbabit langsung tidak menhubunginya untuk melakukan siasatan.

Bagi mendapatkan status terkini siasatan berhubung kes tersebut, Getaran sedang menunggu maklum balas daripada BNM. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 12 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka