web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Ke Kajang, Rosmah Jadi Objek 'Troll' Netizen

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2022 9:27PM

Rosmah Mansor (kanan) turut hadir di mahkamah hari ini. - Gambar oleh Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika suaminya, Datuk Seri Najib Razak gementar ‘menghitung hari’ di Penjara Kajang, nama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pula rancak menjadi bahan sendaan di media sosial.

Majoriti menyifatkan bekas ‘First Lady’  itu sebagai ‘mangsa’ seterusnya, yang akan disumbat ke penjara rentetan kes mahkamah dihadapi.

Meletakkan namanya sebaris dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebahagian besar netizen meluahkan keyakinan bahawa Rosmah juga bakal berdepan penghakiman serupa, sebaik sahaja perbicaraan kes projek solar Sarawak bersambung.

Lebih nakal, ada kalangan mereka menggambarkan Najib - Rosmah sebagai kisah cinta yang ideal andai kedua-duanya menghabiskan masa di penjara.

“If Rosmah joins Najib, then this would be the ideal love story (jika Rosmah menyertai Najib, ia akan menjadi satu kisah cinta yang ideal),” ciap @viveksharmaaa di Twitter.

Tidak kurang netizen menyamakan ibu kepada dua cahaya mata itu sebagai bekas isteri Johnny Depp, Amber Heard.

Mereka percaya, Najib selama ini berada dalam satu hubungan penuh toksik, yang didominasi oleh Rosmah

“I honestly believe dude is in an abusive relationship. Rosmah is like a Malaysian Amber Heard… if you hear the things she did to marry him (saya sejujurnya percaya dia berada dalam hubungan yang abusive. Rosmah seperti Amber Heard Malaysia..jika anda dengar perkara yang dilakukan untuk mengahwini Najib),” kata pula @NovocaineAndy2.

Dalam pada itu, ada juga beranggapan Rosmah adalah individu paling beruntung kerana berpeluang mengaut segala kekayaan yang terhasil, sedangkan suaminya perlu menanggung akibat di penjara.

Seorang netizen dikenali sebagai @mafifsempoi berkata, Rosmah turut terlibat dalam segala kes mahkamah dihadapi Najib, justeru beliau wajar diadili dengan penghakiman yang sama.

“Beruntungnya Rosmah. Dia dapat duit tapi suami ke penjara. Pada padangan saya dia turut terlibat, jadi dia wajar menemani suaminya di penjara. Jika itu berlaku, mereka akan menjadi pasangan paling terkenal di penjara (How lucky is Rosmah. She got the money but her husband goes to jail. Imo she also involved in this s**t, so she should accompany her husband in jail too. If it is the case, they will be the most famous couple to be in jail HAHAHAHHA),” ciapnya.

Setakat jam 9.16 malam ini, #Rosmah menerima 7,045 ciapan, menjadikan ia sebagai topik kedua paling trending selepas #NajibRazak yang menerima 7,706 ciapan. - Getaran, 23 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi